~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~
Showing posts with label cakap dengan diri. Show all posts

Friday, December 20, 2013

jiwa kaca

pagi nan indah mengetuk kalbu
muga mekarlah ceritera ini
pagi yang cerah rupanya bukan janji
dalam meniti aku tergelincir jua
sungguh, nyata
aku tidak seteguh Rabi'atul Adawiyah
apatah lagi sewaja Asma Abu Bakar
untuk menjadi Ratu Balqis, jauh sekali
maka jalan apa yang aku inginkan..
jiwa selembut sutera
menitik juga air mata
atas naif dan khilaf
maka, untuk apa lagi aku di sini

salam air mata

Tuesday, October 22, 2013

Moody

Assalamualaikum
 
Tak tau kenapa moody...walhal period dah masuk hari keempat pun..period kali ketiga (setelah baby berusia 14  bulan) selepas kali yang terakhirnya pada bulan september / oktober tahun 2011...haaaa..lama gilos kan...3 bulan tak period, pastu ngandung 7 minggu...erm, camna tue...aku tak ada jawapan..ALLAH saja Yang Maha Tahu macam mana tak period tapi boleh ngandung kan...moral of the story, kita bukan siapa-siapa pun, ALLAH jua Yang Maha Kaya dan sebaik-baik Perancang.. 
 
Moody? Tak tau kenapa..rasa nak naik hangin..nak bebai aje kalau ada tersalah sikit..aduhai..Syyhhhh..shuh,shuh,..moody, pergi jauh-jauh...jangan dampingi aku..nak buat kerja ni.. To En. Firdaus, minta maaf ya, ternaik hangin tadi..ampun ;*

Aku yang membulat

salam keampunan

Friday, October 11, 2013

Hati Seorang Wanita

Assalamualaikum
 
Hati seorang wanita..rapuh bagai ranting kering..lutsinar bagai kaca..lembut umpama sutera...
Sedikit tercalar terguris, maka mengalirlah air dari mata... tak bisa terusik mahu terganggu sekalipun, maka kesedihan jugalah yang singgah nanti..
 
Kenapa ya wanita..atau mungkin aku sahaja yang begitu..aku tidak biasa dikasari..dan demikian, jika sekali ku terguris aku pasti menangis... mudah benar hatiku tersentuh, tambah-tambah lagi jika dek kerana orang yang sangat hampir dengan kita..
 
Hati, kuatlah.. Diri, bertabahlah,simpan airmatamu... Tak dinafikan aku juga bukan sempurna..salah silap di sana sini... tapi, aku rasa, aku cukup penyayang dan aku pencinta keamanan...Ah, prejudis bunyinya..tapi, itu diri seorang aku..kalau dirimu menjadi aku, mungkin lain ceritanya, dan jika aku di tempat kamu juga mungkin ceriteranya juga berbeza... Lantas apa beza kita berdua?
 
Jujur, aku tidak pasti apa sebenarnya masalah antara kita.. Aku juga tidak akan pernah menyalahkan dirimu seratus peratus kerana aku juga tidak syumul...aku manusia biasa...wanita biasa-biasa sahaja..tapi untuk kasih sayang, aku rasa aku banyak punyainya... mungkin atas dasar itu, senang benar aku terguris jika kekasaran yang dirimu hadiahkan...
 
Bersamanya kita untuk mencari satu titik persamaan; agar dengan itu, kita boleh mengukir apa yang kita inginkan..

Salam dari hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog