Rindu hati ini
Untuk mendakap ketenangan yang kamil
Rindu hati ini
Untuk menadah tangan seikhlas hati
Rindu hati ini
Untuk sujud penuh cinta seperti dulu
Tatkala hati berpalit debu
Denyut insaf menyelinap di segenap urat
Mengalir perlahan bersama titis sendu
Sejuk...
Pantasnya hari berlari
Jauh ke belakang aku tinggalkan
Angka jua pantas bertambah
Untuk esok, masihkah gemilang?
Ya Rabbul Izzati
Dalam kerinduan tidak bertepi ini
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu
Agar sinar itu kembali menghuni hati ini
Agar rasa kasih (seorang hamba) ini terus mengembara
Menelusuri jiwa yang makin kusam
Bertelingkah dengan serabutnya permata duniawi
Aku
Bernama hamba
Sering terkhilaf
Mata memandang yang indah
Hati tegar menerima lemahnya aku
Jalan kasih masih ada
Kerana Dia Pencipta Yang Rahman dan Rahim
~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~
Thursday, February 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thursday, February 17, 2011
Aku seorang hambaNya
Rindu hati ini
Untuk mendakap ketenangan yang kamil
Rindu hati ini
Untuk menadah tangan seikhlas hati
Rindu hati ini
Untuk sujud penuh cinta seperti dulu
Tatkala hati berpalit debu
Denyut insaf menyelinap di segenap urat
Mengalir perlahan bersama titis sendu
Sejuk...
Pantasnya hari berlari
Jauh ke belakang aku tinggalkan
Angka jua pantas bertambah
Untuk esok, masihkah gemilang?
Ya Rabbul Izzati
Dalam kerinduan tidak bertepi ini
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu
Agar sinar itu kembali menghuni hati ini
Agar rasa kasih (seorang hamba) ini terus mengembara
Menelusuri jiwa yang makin kusam
Bertelingkah dengan serabutnya permata duniawi
Aku
Bernama hamba
Sering terkhilaf
Mata memandang yang indah
Hati tegar menerima lemahnya aku
Jalan kasih masih ada
Kerana Dia Pencipta Yang Rahman dan Rahim
Untuk mendakap ketenangan yang kamil
Rindu hati ini
Untuk menadah tangan seikhlas hati
Rindu hati ini
Untuk sujud penuh cinta seperti dulu
Tatkala hati berpalit debu
Denyut insaf menyelinap di segenap urat
Mengalir perlahan bersama titis sendu
Sejuk...
Pantasnya hari berlari
Jauh ke belakang aku tinggalkan
Angka jua pantas bertambah
Untuk esok, masihkah gemilang?
Ya Rabbul Izzati
Dalam kerinduan tidak bertepi ini
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu
Agar sinar itu kembali menghuni hati ini
Agar rasa kasih (seorang hamba) ini terus mengembara
Menelusuri jiwa yang makin kusam
Bertelingkah dengan serabutnya permata duniawi
Aku
Bernama hamba
Sering terkhilaf
Mata memandang yang indah
Hati tegar menerima lemahnya aku
Jalan kasih masih ada
Kerana Dia Pencipta Yang Rahman dan Rahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment