~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Tuesday, April 16, 2013

aku pencinta

cinta
kenapa ada rasa
cinta
kenapa perlu berbunga
cinta
kenapa jika tiada

cinta satu pengisian
ke dalam jiwa
umpama roh ke dalam jasad

aku yang setia pada cinta
biar berakar
meluruh daun usai musim salju
aku tetap perindu

nota kaki : ilham untuk berpusi datang tetiba....

Sehingga itu.... wassalam cinta ;p

Monday, April 15, 2013

Tido awal, bangun awal!

Assalamualaikum

Salam seindah suria, salam pagi isnin ;D ecece, dah macam deejay radio pulak (*pernah berangan nak jadi deejay radio taw ;p) Alhamdulillah, pagi isnin pagi nie sedikit berbeza dengan minggu2 yang lalu..yerlah, selalunya pagi isnin ni orang panggil monday blues, semua benda rasa malas n slow jer kan.. tapi pagi nie berbeza la buat CP...semalam sampai rumah dah pukul 10 lebih..maklumlah berjimba2 lama sangat kat kampung halaman di Berlin nun..pukul 6.30pm dok bantai tidoq lagi, terjaga dekat pukul 7pm barula kalut nak bagi bb makan, nak mandi bagai..hahahahaha...

apa yang buat pagi ni rasa segar ek?CP rasa sebab CP tido awal malam tadi..pukul 11 lebih dah tido...wowowowo..jangan terkejut..kat rumah CP kul 11pm tu ditakrif awal yaa...sebab my hubby n my lil' gal tu selalunya punch in kat blik tidoq kul 12.00pm..so, kalau semua orang dah lelapkan mata sebelum pukul 11.30pm, tu dah kira awal..kalau 10.30pm, tu super awal..kalau kul 10 tu maha awal hokay..weeee
konklusinya, kesegaran CP pagi ini rasanya didorong oleh sebab tido awal.. sekali tu, terjaga pukul 1.00am lebih, rasa dah lama sangat tido.. sebelum jam berbunyi subuh tadi pun, macam dah terjaga tapi dipaksa2 juga mata ni pejam sebab jam belum berbunyi...aisey...very cliche ;p  

Bukanlah sesaja bangun awal jugak tetapi sebab semua kerja yang sepatutnya dibuat di malam hari, CP dah carry forward ke subuh nie sebab semalam penat sangat.... so, terkejar2la subuh nie memerah susu sambil menyukat susu, siapkan beg baju anak2 ke rumah bbsitter dan juga panaskan bubur @ moi bb amzar..ohh,, sedikit malas mamanya bb amzar, idaklah memanaskan bubur di atas api tetapi di dalam microwave sahaja...huhuhu..takpe little darl, janji mama tak bagi instant..mama masak bubur tu taw ;D

bila jadi mommy yang berkerjaya ni, macam tulah yer...sokongan dan keringanan tulang daripada mr.hubby dalam membantu kerja rumah dan menguruskan diri anak sangatlah penting..in my case..he is superb n awsome! sidai baju n lipat baju n uruskan lil' awliya memang tip top ! aisey.. (dear my hubby, if u r reading this, this is my super genuine compliments from my lil' heart ;)  ) tak salah pun untuk mana2 suami tolong isteri kan, baik di dapur, di tempat sidai baju atau sebagainya...selain dapat cepatkan kerja rumah, benda2 tu semua dapat eratkan lagi hubungan suami isteri...tengah isteri memasak, tetiba suami lalu nak pergi sidai kain, dicuitnya pipi isteri, kan bagus manja2 gitu... disclaimer : bukan cerita sebenar...hahahha

nah, amik ni....gambar hiasan ;D

Sehingga itu... wassalam kasih ;

Tuesday, April 9, 2013

musim swiped fruit

Assalamualaikum

Dah makan ke uols? iols? iols tak lunch sebab sedang berpuasa ganti..heheheh..20 hari uols..maklumlah masa tu melahirkan bb amzar pada 15 Ramadhan yang lepas...
 
Sekarang ni musim swiped fruit tau..ececece..cam swipe kad debit pulak yer.. actually mula terjebak ngan game ni lepas mr. hubby download dari android...suka sangat...addict sey... lepas sahur sanggup tak tido balik dok main menda tue..adeh..dating opis, ngantuk...kui kui kui...*addict mengalahkan anak main game;p* jentik telinga sendiri ;p
 
bukan CP jer yang addict, mr. hubby pun sama..aippp, jangan tipu..mesti mr hubby tengah senyum masa baca phrase nie..hehehhe..kami sesama take over utk top ranking tue..tak adela kami terra sangat..baru level 10 jer..hehehe
 
dulu CP gila main jewel..skrg macam dah busan pulak... mr hubby download juga jewel latest tapi cam senang sangat nak raih point..ecececce..tu yang busan..
 
                                                                mr jungle n monkey...
*pinjam gambar pakcik google ek

fruit mania pilihan kami ^_^
*pinjam gambar pakcik google ek
 
part ni paling best...bila dia cakap incredible..yeayyy
 
*pinjam gambar pakcik google ek
 
ok, jumpa lagi...nak main game jap...ngeh ngeh ngeh

Monday, April 8, 2013

Charger breastpump medela rosak

Assalamualaikum

Oh oh oh..ntah kenapa tetiba charger @ adapter berastpump cap medela nie rosak pula..aduhai... seb baik leh pinjam yang opismate punya masa time opis hour hari jumaat yang lalu... charge banyak2 kasi penuh sebab bila weekend dah tak ada tempat bergantung charger tue nantu..uhuk uhuk..maafkan saya bos, kerana menggunakan karan opis lebey ckit arini untuk charger pump medela nie...wawawawa...
 
bila tiba weekens, kerisauan melanda..cari charger henpon, aduhai tak sama pulak.. riki kat online, aduhai, medela original untuk adapter RM195...waaaa...tengah bulan ni kak jah..yang customade punya RM60.00.. yang tak berapa pasti customade atau original tapi katanya leh pakai untuk medela, RM69.00... Mr. Hubby yang bijak bestari (aisey..pujian sebab semalam dapat berjimba2 makan berbagai2 di Secret Recipe...hehehe) pun beri cadangan untuk cari charger baru di Rope Walk @ Lorong Kulit kat Penang ni...situlah ala2 pasar karat yang boleh kita ketemu macam2....sungguh!
 
Maka, pagi ahad nan indah itu, beliau ke Rope Walk bersama lil' awliya tetapi sadisnya parking pula takdok... beliau ke KOMTAR, ke kedai ala2 kedai elektrik sambil membawa charger medela original tu, maka Alhamdulillah dapatlah charger ala2 medela..bezanya tak tulih 'medela' kat kepala charger tu..tenkiu Mr. hubby..i lebiu..yg bertambah thanks lagi, harga asal RM45 tapi tak pasti ketera'an apa yang me hubby gunakan, beliau mendapat diskaun sebanyak RM10..yeaaa... seb duit..beli dengan harga RM35.00 ja... lebiu lg sekali! 
 
Cerita sedih pula di rumah..tengah riang gembira menggoreng ayam, gas memasak pula abeh...huhu..tak dapatlah nak menguji teknik memasak gulai ikan merah ala mamak style..sudahnya mr. hubby beli lauk jer sebab nasi dah pun siap dimasak..
 
sekian, cerita di hari minggu yang dingin sebab ujan..syiokkk dapat tido cam kat Melbourne.... ;p ngeh ngeh ngeh

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah...itulah perkataan pertama blogging arini..syukur, CP sudah ketemu bbsiter yang CP rasa sesuai di mata dan di hati CP..Aunty Lily namanya..mungkin muda ckit usianya drpd mak CP.. Many thanks to ofismate CP, Nana, yang sudi kenalkan CP dengan ex-bbsiternya ini.. satu yang CP kagum, hubungan Aunty Lily dengan anak-anak Nana sangat erat walaupun anak Nana yang sulung tu dah darjah 5..bayangkanlah dah berapa tahun berlalu sejak Aunty Lily jaga Kak Long tu sejak umur 2 bulan.. n they r still calling Aunty Lily "Mak".. plus, anak2 Nana Nampak very comfort dengan rumah Aunty Lily walaupun home visit sekejap je petang tu..
 
Layanan Aunty Lily pada CP and anak2 juga sangat warm and welcome dan CP rasa selesa..Hopefully, bb Amzar and lil' Awliya seronok di rumah Aunty Lily nanti and semuanya baik2 belaka ;D

Friday, April 5, 2013

Fungsi Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam perkhidmatan negeri

Assalamualaikum

Erm... tetiba rasa nak menulis lagi pasal perkhidmatan PTD di negeri-negeri..maknanya yang ditempatkan / posting ke perkhidmatan negeri..Memandangkan PTD ini merupakan salah satu jawatan gunasama persekutuan, maka PTD boleh ditempatkan di peringkat federal, state, mahupun dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Tempatan atau syarikat GLC..
 
Walaubagaimanapun, bukan semua perkhidmatan negeri menggunakan perkhidmatan PTD. sebagai contoh, Kedah dan Kelantan masing-masing mempunyai Pegawai Tadbir Negeri (PTN) yang mana lantikannya oleh negeri masing-masing.
 
Jika di kementerian, jawatan perkhidmatan awam yang tertinggi akan digelar Ketua Setiausaha (KSU). Di dalam pentadbiran awam sesebuah negeri, jawatan utama adalah Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri.(SUK). Gelaran Y.B yang membawa maksud Yang Berhormat merupakan gelaran sebagai ex-officio dan di dalam pentadbiran sesebuah negeri hanya 3 jawatan sahaja yang akan mendapat gelaran ini iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
 
Di dalam pentadbiran negeri juga, biasanya gelaran jawatan untuk PTD adalah berbeza mengikut jabatan masing-masing.. sebagai contoh, bagi yang bertugas di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, gelaran jawatan adalah Penolong Setiausaha. Bagi jabatan yang ketuanya bergelar Pengarah, gelaran jawatan untuk PTD di situ adalah Penolong Pengarah dan bagi PTD yang ditempatkan di Pejabat Tanah dan Daerah pula, gelaran jawatan mereka adalah Penolong Pegawai Daerah (ADO) ataupun Penolong Pentadbir Tanah. Walau apapun gelarannya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik masih merupakan jawatan hakiki.
 
Berikut adalah antara jabatan-jabatan negeri yang biasanya mempunyai perjawatan PTD dan fungsi PTD adalah pelbagai mengikut operasi Jabatan tersebut ataupun menguruskan sumber manusia / kewangan di Jabatan berkenaan. Sebagai contoh PTD yang menyandang gelaran Penolong Pengarah Tanah dan Galian akan menguruskan urusan-urusan berkaitan tanah yang merupakan salah satu daripada 8 cabang bidang tugas PTD.
 
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Perumahan, Bahagian Sumber Manusia, Khidmat Pengurusan, etc)
2. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
3. Jabatan Kerja Raya
4. Jabatan Kewangan Negeri
5. Jabatan Pengairan dan Saliran
6. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
8. Pejabat Tanah dan Daerah
 dan lain-lain jabatan yang berkenaan..

Ok, cukup setakat hari ini... ada masa kita bicara lagi pasal kerjaya ya ;D

Boleh baca tips menghadiri temuduga PTD di sini ;)

hunting for kinder

assalamualaikum

Hai...Alhamdulillah, lebih tenang sekarang perasaannya..walaupun masih belum ketemu bbsitter yg sesuai CP rasa lebih lapang dada berbanding 2 3 hari sudah..petang nie lepas kerja, ada home visit lagi..hehehhe..cam buat keja kemasyarakatan pulak yer.. home visit kali ke 2 tapi rumah orang lain pulak untuk sembang2 pasal babysitting..uh uh uh.. harap2 sangat aunty yang bakal ketemu sore nanti menjadi.harap sangat... ;D

Instead of hunting for bbsitter, CP juga hunting for kinder for my anak dara...as time goes by, I dah ada anak nak masuk school...oh, oh, oh, am I in deejavu? harus tak *tampar manja pipi sendiri*
tak sangka my little daughter tu dah besar..huhuhu..going 4 years this year..please little darl, always be my baby...*mama obsess nak rasa muda ler tewww;p*
 
berdasarkan hasil riki, antara kinder yang best n ada kat area George town ni adalah seperti berikut:
 
1. krista
2. smart reader
3. d'monte
 
** silalah noted itu bukan ranking ya..saja list jer ;D
 
actually tringin sangat nak anta lil' awliya ke kinder yang full package ngan Islamic curriculum sekali macam little caliphs and bondaMama tetapi sadisnya jauh sangat di nun seberang laut seberang perasi selatan n bayan lepas sana..aduhai..masuk keja kul 10 ler nampaknya kalau mama nak gak anta kat situ..huhuh
 
CP masih mencari yang bersesuaian..bukanlah tahap dekat tu sampai nak yang tepi rumah tetapi sekurang2nya satu route ngan CP untuk ke opis... Kinder ni operasinya mula pukul 8 am tetapi mama pun masuk kul 8.00 am...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Oklah uoollsss...Iols mnta diri dulu...
 
** napa ek, tetiba rasa nak bli henpon baru..kueng kueng kueng

Wednesday, April 3, 2013

hunting for bbsitter

Assalamualaikum
 
Stres, tertekan, tension, sedih, dan ntah apa lagi agaknya perkataan yang sesuai.. menangis, senyum, lap air mata, sok seh sok seh, dan menangis kembali.. hari yang hectic, minggu yang berat..sejak berita bbsitter nak pindah ni, CP rasa susah hati..selagi tak dapat  bbsiter baru yg CP berkenan, CP rasa macam2..
 
Alhamdulillah, hari ni dapat surat kenaikan pangkat...senyum sekejap tetapi gusar di hati bab bbsiter tetap tak padam.  yeaa.. I am hunting for bbsiter..kelmarin, CP ada wat home visit kat satu rumah bbsiter nie..ada beberapa point yang CP tak berkenan tapi memandangkan tu ja pilihan yang CP ada time tue, CP rasa mungkin nak letak dengan akak tu.. tapi hari ni, CP dapat tahu beberapa benda yang tak best berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah tinggal anak dengan akak tu...
 
*1-  akak tu minta buaian letrik
*2- akak tu minta beras
*3- pernah akak tu keluar dan tinggalkan anak2 asuhan dengan suaminya
 
kelmarin masa sembang2 dengan dia, tidak pula dia demand perkara 1 n 2 tu..memang  CP dah bagitau CP akan bagi buai tapi bukan yang letrik. CP Tanya juga macam mana makanan awliya, katanya dia akan masakkan.. tapi lain pula cerita yang CP dengar..CP konfius..CP jadi tak best bila perkara no. 3 tu..
Anak2 asuhannya dah ada 4 orang..tambah 2 anak CP akan jadi 6.. Memang susah nak jumpah bbsiter yang mengasuh sorang 2 ja... memang susah CP nak dapat pengasuh gred A maacam yang sekarang.. CP kena terima hakikat tu...aduhai..nak mendidik hati ni bukanlah senang bila mana kita dah ada benchmark di antara bbsiter..
 
cerewetkah CP bila tiba bab anak2..CP nak yang terbaik sebab CP saying anak2 CP and CP bayar yang nak menjaga anak CP dengan baik...
 
CP akan teruskan pencarian... semoga ALLAH permudahkan urusan CP ;D

Tuesday, April 2, 2013

babysitter

Assalamualaikum
 
Babysitter... aduh, memikirkan perkataan itu, CP jadi susah hati... datang ke ofis pagi ini dengan stress yang menggunung... Selama ini CP tidak ada masalah dengan babysitter CP..dia CP anggap cemerlang..kalau boleh rating ala2 LNPT memang CP bagi dia 98%.
 
CP tahu, 'masa ini' akan tiba..sama ada CP yang melangkah dulu atau dia yang bertukar dulu..kelmarin, CP menjemput anak2 seperti biasa selepas waktu kerja.."ada berita kurang gembira" mendatar dia memberitahu di muka pintu lantas masuk ke dalam rumah mengambil beg baby... "berita apa?" Tanya CP sedikit gusar.. "kena tukar Putrajaya" katanya.. CP bungkam.. tiada reaksi di situ. Cuma terpacul perkataan "bila?" "minta tangguh sebulan" katanya lagi.. apapun, CP tetap ucapkan tahniah padanya di atas kenaikan pangkat suaminya..
 
Aduh, maka CP pulang ke rumah dengan rasa letih di otak bukan di badan..begitu juga mr. hubby yang nampak  sedikit terganggu dengan berita ini.. menangis juga CP malam semalam. Sungguh, CP kusut.CP stress..CP takut sukar dapat pengganti sebaik dirinya..
 
Untuk awliya, CP dan mr.hubby ada perancangan sendiri.menghantar ke kinder / school.. untuk baby amzar, sukar sekali kalau memilih untuk menghantar ke nursery..CP berharapkan babysitter untuk dirinya.
 
CP ada masa kurang sebulan dari sekarang...CP mula mencari..sungguh, tatkala jari ini menari di keyboard meluah rasa, rasa 'letih' masih bersarang... Tika dahi mencecah sejadah subuh tadi, CP panjatkan doa "permudahkan urusanku Ya Allah untuk bertemu pengasuh yang sesuai dan baik"
Aminn... My lovely readers, please aminkan doa CP..many thanks all........
 
Buat babysitter CP @ Mama Ina, jasa akak saya kenang sampai bila2...terima kasih kerana menjaga dan mengasuh awliya dan amzar dengan baik selama ini... Doa saya moga hubungan kita terus terjalin walau lokasi memisahkan kita...

~ Aku terpilih untuk menerima dugaan ini..Ya ALLAH, berikan hambaMu kekuatan.....

Monday, April 1, 2013

Tips pergi melancong

Assalamualaikum
 
Errrmm... hari ni CP nak share pasal tips pergi melancong... :D ini adalah berdasarkan pengalaman CP, pengalaman orang lain dan pembacaan..*skema sungguh ayatnyer;p*
 
1. Impian
 
Baca betul2..bukan implan...impian..setiap orang mempunyai impian.,.jadi sebelum nak jebakkan diri dalam bidang melancong ke sana sinun ni, kita mesti ada impian..yakni kita nak kemana..nak buat apa kat situ...i.e saja nak jenjalan sebab nak soping ker..nak tgk budaya orang ker, atau memang jenis yang duit ni sentiasa berlebih jer, so kena abiskan dengan melancong..hahaha. Bila kita dah tahu tempat macam mana yang kita nak pergi, barulah senang kita buat perancangan.
 
2. Bajet
 
Ini super penting tetapi bukanlah halangan paling supreme..maksudnya, kalau kita nak, kita kena usaha...macam CP sendiri,  bukanlah banyak duit sangat pun, tetapi kita kena kumpullah sedikit demi sedikit...So, dapatlah kita menikmati percutian kita dengan sebest yang mungkin.. Sebagai contoh, InsyaAllah, CP and Mr. Hubby n anak2 akan ke Melbourne September ini..so, CP dan mr. hubby sudah wujudkan akaun khas untuk kami berbelanja di sana nanti..Akaun tu dinamakan Tabung Bantuan Bercinta Melbourne..hahaha..kelas tak? Sehari, kami kena depositkan sorang RM10.00..huhuu..kesian kan?heheheh..Jadi, by September nanti, akaun tu akan ada dalam RM3000.00..haaa, so taklah kita terbeban sangat kalau nak keluarkan saving kat bank tu sekaligus..kan?kan?
 
3. Perancangan awal
 
Perancangan awal juga perlu... Jangan wat keje gila beli ticket flight hari ni, pastu p jenjalan esok pagi..haha..tu bukan bercuti namanya melainkan memang rutin pergi obersea macam tu..hehe.. ada waktunya ticket flight akan jadi sangat murah / murah / sedang-sedang je / aduh mahal betul! rajin2 lah tengok website Air Asia / MAS.. syarikat penerbangan lain pun kekadang ada juga wat promo tetapi kita Malaysian mungkin lebih selesa dengan syarikat domestic kan... Time nak beli ticket nie juga, uols kena rajin wat homework ckit...bandingkan harga keseluruhan ticket. maknanya, kalau beli dengan MAS, biasanya luggage n makan dah all in. Kalau AA, kita kena tambah dengan luggage, makanan and entertainment semua tu.. pastu, bila dah banding2 ni, ikut suka hati uols la nak pilih mana.. bagi CP harga and keselesaan sama2 main peranan.. untuk long journey dengan AA, CP akan belanja duit ckit untuk amik hot seat sebab depan seat kita tak ada seat orang lain, jadi dapatlah berjimba2 dengan space yang ada tu..plus, CP travel dengan 2 orang anak kecik, jadi CP tak nak riang ria anak2 CP tu mengganggu gugat ketenteraman orang lain.. CP juga akan amik kemudahan untuk baby tido macam bassinet tue.. maklumlah, di atas awan hampir 8 jam uols ;D
 
4. Tempah hotel lebih awal
 
Ini juga melibatkan kerajinan anda..yakni perlu selalu tgk boking.com ke agoda ke atau yang seangkatan dengannya..kadang2 kita boleh duduk di hotel yang best dengan harga yang affordable bila kita rajin riki2 price nie..sila check sekali price jika tempahan dibuat melalui online hotel itu sendiri..pernah sekali, mr. hubby boking thru service provider cam kat atas tue, tapi tetiba hotel wat promosi n lebih murah dari service provider tadi..so, kami cancelkan dengan service provider n boking semula thru hotel.
 
3. Gunakan wang tunai ketika berbelanja
 
Seboleh mungkin, gunakan wang tunai ketika berbelanja..tak kira sama ada untuk soping, makan, atau transportation.. Jika asyik guna credit card, takut2 sekembalinya ke Malaysia, kita akan mendapat tanggungan hutang yang besar..huhu...sapa nak jawab kak jah..aritu soping kita lupa dalam currency lain..tu yang rasa sikit...bila balik Malaysia, dapat statement, mesti nangis..huhuhu...tak rela dik non ;p dan lagi satu bukanlah sifat sejati traveller tegar kalau asyik semuanya nak pakai credit card...ehehhe
 
4. Buat tentatif perjalanan
 
Sebelum berangkat, lakukan sedikit homework..dapatkan maklumat tempat2 yang ingin dilawati termasuk entrance fee, jarak dengan tempat tinggal, kos pengangkutan awam atau pandu sendiri atau agent..anda pilih, anda tentukan yang mana anda selesa...in my case, CP travel dengan anak kecil jadi CP agak sukar guna tour agent sebab takut2 akan timbul ketidakselesaan pada groupmate yang lain..So, CP lebih selesa bergerak sendiri dengan menyewa kereta atau kalau susah sangat tempat tu, CP akan hired kereta sewa dengan driver sekali..so, driver tu akan ikut kita jer..heheheh
 
5. Buat pengasingan bajet
 
Silalah asingkan duit perbelanjaan anda kepada beberapa sampul..1 sampul untuk kos keseluruhan makan, 1 lagi untuk entrance fees dan 1 lagi untuk transporation cost..semua ni akan menjadikan uols lebih organized dan tidak terlebih bajet...owh, lupa pula..untuk bersoping pun kena asingkan siap2...listkan awal2 penerima2 bertuah yang akan memperolehi souvenir anda nanti..heheheh.. jangan lupa diri sendiri pulak ;D
 
6. Makan dan minum
 
Ke tempat orang, mungkin sedikit sukar nak temui makanan yang sesuai dengan kita... bawalah sedikit bekal untuk keadaan yang tidak dijangka...contoh makanan, cereal packed, megi cup, or milo ke..apakah keadaan yang tidak dijangka tu..huhu..masa ke Bali itu hari, CP dengan excitednya nak pergi breakfast di hotel..huuuhu..silalah teka apa yang terjadi... nasi goreng ada kat sebelah sliced pork...konpem tak makan aih nasi goreng tue..berani amik cereal n susu ja..tu pun cam tak selera jer.nasib baik masa tu CP ada bawa bekal megi cup, milo and chipsmore..sedap abes makanan2 tu bila jadi dendang perantau ni..aisey...;p.. alternative lain, sila google terlebih awal restoran2 yang menyediakan makanan halal bagi tempat yang bakal dikunjungi...hihi
 
7. Kad bank dan kad kredit
 
Untuk travel jua, silalah pastikan anda membawa kad kredit yang diterimapakai di kebanyakan negara dan aktifkan juga kad bank anda untuk kegunaan international...bukanlah untuk membeli borong sakan tetapi lebih kepada urusan2 kecemasan yang mana tunai tidak lagi mempu menjadi remedy ataupun penawar di saat tersebut... ;)
 
Lastly, selamat melancong ;D
 
 jom lihat story mory CP ke Melbourne di sine yer ;)
 
~ jauh pengembaraan, makin berwarna warni kanvas kehidupan ini.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog