Assalamualaikum semua ;)
Erm.. ada jugak yang bersembang2 pasal inteviu PTD nie lately..tengah musim inteviu kan...ahkak (akak sangat...heh!) ucapkan goodluck yer kepada ahdik ahdik sekalian yang bakal diinteviu nie haa.. InsyaAllah ada rezeki, dapat..Kalau tak dapat, perancangan ALLAH adalah yang terbaek untukmu dik!
Bilamana dipanggil ke interview / temuduga PTD ni, maknanya anda dah berjaya melepasi exam yang susah tu (hewhewhew..susah bagi CP sebab ada macam2 paper n paling seram pengetahuan am tu..hehehe..kalau anda rasa keseluruhan exam adalah senang, CP tabik spring taw...hehehhe)..kalau zaman CP dulu, memula exam..pastu kalau dah 'lepas' ezam tu, baru di panggil ke programme assesment centre (PAC)... mencabar jugak PAC nie sebab 3 hari 2 malam berkampung di INTAN n bab paling CP lemah adalah larian 2.4km tu..huhuu...kena pulak INTURA tu berbukit2 ckit..tercungap2 jugakla...heheheh..antara modul lain adalah debate n public speaking..# tips..jgn overconfident..jgn show off sgt...hehehhe..
okay...nak cakap pasal interview ni sebenarnya...termelalut pulak yer... berdasarkan pandangan dan pengalaman CP sebagai yang ditemuduga (post PTD) dan sebagai penemuduga (post lain), langkah pertama anda sebaik memasuki bilik / kamar interview tu dah memainkan peranan penting... karisma beb!..air muka penting dik! jom kita tengok satu2 yer... (to some people, the list below maybe the small things, but it is something for the beginner / new comer... hehehehe..CP saja share pengalaman n pandangan jer tau...tak ada niat lain ;) )
1. Ketuk pintu dan bagi salam..senyum dik senyum...muka tenang..jalan tertib2 tau..tak yah laju sangat tak yah la lemau sangat..hehehe
2. Berjalan hingga ke kerusi yang disediakan... Biasanya panel interviu akan minta folder yang kita bawa tu..tak perlu berjabat tangan... ada yang dapat 2 orang panel..ada yang 3 panel...jgn terkesan dengan jumlah panel yang ramai...heheheh..cool...Bila panel suruh duduk baru duduk..
3. Duduk dengan keadaan yang selesa, tangan di atas peha...jangan dok buat ala2 sanding pulak ;p..handbag (for ladies) letak kat bawah di sisi kerusi..
4. Panel biasanya akan minta ceritakan latar belakang diri...haaa..kalau nak senang..buatlah skrip siap2 n ingatilah skrip anda sebelum hari interviu...kang tanya anak no. berapa pun tak ingat sebab gugup sangat...heheehe
5. Lepas tu, ikutlah panel nak tanya apa...pasal kerjaya semasa anda...latarbelakang pendidikan anda..isu-isu perkhidmatan..latar belakang PTD... isu-isu semasa.. mungkin ada provokasi, so, jawab dengan berhemah dan kalau boleh sokong dengan fakta, sangatlah bagus...so, get ready ya... untuk isu semasa tu, anda memang kena rajin baca suratkhabar... heheheh...make sure anda baca suratkhabar hari yang berkenaan sebelum masuk bilik interviu tu..macam kes CP dulu, panel hulur The Sun n dia kata "Please Comment" by referring to main page masa tue...haaaa...jeng jeng jeng...nasib baik dah baca Utusan Malaysia pagi tu...walaupun suratkhabarnya lain tapi isunya masih sama, bolehlah explain sikit-sikit... ;)
6. Kalau ditanya di dalam bahasa inggeris, jawablah di dalam bahasa inggeris... begitulah sebaliknya
7. Jangan over confident n jangan arrogant / annoying... ingat, kita sedang nak minta kerja...kalau kena provokasi pun, janganlah melatah...selain jawapan kita, attitude kita jua sedang dinilai... Attitude Skills Knowledge... Skills n Knowlegde kita boleh dapat / diberikan bimbingan...tetapi attitude, hanya lahir dari dalam diri kita ;)
Bila dah selesai temuduga, ucapkan terima kasih...ambil folder dan keluar dengan tertib...
*TIPS :
1. Pakai warna baju yang anda suka.... kalau baju baru lagi best..sebab mood akan bertambah baek..contoh, pagi raya kita seronok kan pakai baju baru..heheheh...elakkan warna yang garang2 macam merah terang bagai... warna sangat memainkan peranan dalam mood seseorang..CP suka warna lembut sebab mendamaikan diri n orang yang memandang...aisey...contohnya warna pink dan biru... untuk lelaki, better pakai suit (baju 'kot' hitam tu) hitam / gelap... kemeja warna putih or biru muda..ehhehehe..nie terpulang..CP jer saja ngada2 bagi cadangan nie ;) heheheeh
2. Sampai awal ke tempat interviu.. ;) Tanya kepada petugas di luar, siapa panel interviu kita..bukan apa, senang kita nak addresskan panel bila kita bercakap..contohnya, kalau panel kita tu ada pangkat Dato', bila kita bercakap dengan beliau nanti, kita boleh teruskan bahasakan beliau Dato'. kalau tak ada pangkat apa, panggil tuan / puan sahaja ;)
3. Bercakap benar...Jangan sesekali menipu apabila menjawab soalan..kalau tidak tahu, terus terang cakap "Maaf tuan, saya kurang pasti." kalau menipu, pastu kantoi pulak, aduhaiii... tercalar integriti ;)
4. Kurangkan debaran anda dengan membaca surah Al-Insyirah (Ayat yang bermula dengan 'Alam Nasyrah') dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
5. As always, anda dah berusaha, bertawakkallah..muga2, rezeki itu untuk anda...Jika tidak berjaya, cuba lagi dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik...sentiasa percaya ketentuan ALLAH... CP ada kawan... 10 kali dia ambil exam PTD...bayangkan penantiannya bertahun2..tanpa jemu..dan akhirnya dia berjaya juga ;)
ok , gud luck adik2 yea ;)
salam interviu ;)