~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Sunday, May 15, 2011

aPoM PoLkAdOt .....

Petang jumaat yang lalu..my opismate, Kak baya telah tunjukkan gambar apom polkadot yg sangat chumel... berkobar2 jiwa Cik Puteh nak try...slps menggoogle sana sini, maka terjumpala resepi tersebut..kredit kpd puan punya resepi (discussion wall kongsi resepi FB) and puan-puan yg bagi tips..(puan farah -www.opiskecikku.blogspot.com - u help me lot =)

erm..kepada yang mahu mencuba, .ini resepi apom polkadot..bukan ciptaan saya tau..hehehehe tapi saya ada adjust ckit dgn memasukkan esen vanila...n masukkan coklat chip sebagai filing memandangkan En.Suami is a choc lover... hihihihii

Resepi ini diambil dari discussion wall Kongsi Resepi FB)

Bahan2:

3 biji telur (dr peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 susu teh esen vanila - yg nie saya saja2 tambah,....
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa - saya ada masukkan choc chip..sedap...
Pewarna - kalau nak meriah, gunakan 3 warna atau lebih...

1. Masukkan telur, ovalet, dan gula...pukul hingga kembang n putih,,pukul selama 8-10 minit..
2. masukkan tepung dan susu..pukul lagi sehingga sebati..
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
5. Picitkan separuh adunan ke dalam mangkuk kertas-
6.Letakkan filling ..jangan ckit sangat...takut tak rasa inti nanti ;)
7. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

# untuk dot-dot, saya gunakan piping yang sama dengan piping adunan tadi... jadi jangan gunting hujung beg piping tu besar sangat...agak2 lubang lidi ja...supaya senang nak paipkan adunan dan dot2 nanti yer...

 telur , gula, & ovalet

 pukul sampai kembang and putih berseri ;)
saya pukul sampai 10 minit...nak bagi ringan...n gebu..

 masukkan tepung, baking powder, susu segar..
n jgn lupa esen vanila..(saya saja tambah nak kurangkan bau telur)

 bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
kat atas nie ijau epal

 pink

 baby blue

 3 warna & 1 strawberry filing

paipkan half ja...
selalunya org guna acuan lompang untuk letakkan paper cup di dlm periuk kukus
tapi saya x pandai buat kuih lompang, so confirm2la acuan lompang tu takda kat umah..hihiihhi
so saya guna acuan jelly @ homemade coklat nie untuk letak paper cup

paipkan pula filing... ada juga yg saya x letak strawberry filing nie
saya taburkan 5-6 biji choc chip...sedap jugak
maklumla En.Suami sukakan rasa coklat...jadi kena innovate ckit resepi asal =)

paipkan semula dengan warna yang sama atau nak mix pon boleh
dan mulakan kerja men dot dot dot
saya gunakan adunan dari piping beg yg sama 
so,gunting ckit ja muncung piping beg tue agar senang nak dot dot dot
seronok wat dot dot dot ni
mengingatkan saya kepada proses menitik bedak sejuk secara tradisional
tapi x gunakan piping beg dulu, guna daun pisang yg dijadikan piping..
menarik gitu ;)

 sebab guna casing jelly, paper cup tu tak terletak sgt..
n jadi berliku ckit kat tepi dia
tapi takper...saya anggap ianya seni kreatif..hihihihi

 kukus dengan api kecil selama 15 minit..
napa balut tudung dengan kain?
untuk elakkan air wap menitis ke atas apom...
jangan buka tudung periuk masa tengah kukus...
psst...: periuk kukus nie ditaja oleh kakak cik puteh...hihii
sangat tradisional ;p

 taraaa.......inilah hasilnya lepas angkat daripada kukusan

 sedia untuk dihidangkan...
nak wat hantaran pun boleh...
apa? nak oder....hihihiihih
boleh2....

di samping dot dot, cik puteh turut wat corak lain jugak...
ada smiley, roses, bunga... mcm2..hihihi
time nie.. En. Suami turut bagi sentuhan magisnya..hihihii 

bunga ros tue pun nak tumpang sekaki amik gambor...hihi

nie pulak ejaan nama si kecil saya
"fikrah awliya"
leh mama wat untuk besday awliya julai nanti ye... =)

seronok dapat berekperimentasi di petang sabtu 

ni rupa dalamnyer..
yang nie cik puteh combine color - ijau n pink
fillingnyer strawberry :)

lepas puas bergambar, semuanya masuk dlm container
senang si kecik nak makan nnt...
hihihihihii

ok, selamat mencuba.... =)

Wednesday, May 11, 2011

Maafkan Mama, Awliya...

Awliya Sayang...

Maafkan Mama.. Tak sengaja Mama meninggikan suara pada Awliya di kala Awliya mahu bermanja..
Keletihan dek kesibukan kerja duniawi memaksa Mama merebahkan badan untuk merehatkan diri lebih awal dari waktu kebiasaannya...

Mama sedar...semuanya salah Mama..Seharian di rumah pengasuh, tentulah malamnya Awliya ingin bermanja bersama Mama pula... Usikan manja jari-jari kecil Awliya ketika Mama tidur telah menyebabkan Mama meninggikan suara pada Awliya.. Redup mata Awliya ketika Mama marah.. Kasihan anak Mama..Kucupan kesal singgah di dahi si kecil...Si kecil lantas berubah tempat..mendapatkan Abah. Merajuk barangkali..

Sehingga siang Mama masih terfikirkan Awliya... Rasa kesal masih berbekas.. Ingin sekali Mama mendengar panggilan manja Awliya seperti selalu "Aaaayangg Mama!"

Fikrah Awliya , Maafkan Mama ....

Tuesday, May 3, 2011

Lelaki Yang Seorang Itu

Lelaki yang seorang itu..Mana mungkin wajahnya pergi daripada hati ini..
Lewat masa ini, kerap benar wajah melebihi 5 dekad itu singgah di benak fikiranku
Makin pantas berlari masa, ingatanku juga makin kuat terhadapnya..

Ayah atau abah atau walid atau bapak, berilah apa sahaja gelarannya,,dia tetap seorang di hatiku... Ketika kecil, aku hairan, kenapa panggilan 'pak' yang kami adik-beradik  panggil terhadap lelaki yang seorang ini.. Janggal juga rasanya apabila berbicara bersama teman, aku sahaja yang memanggil 'pak' dan berbeza dengan kawan-kawan yang lain...Sehinggalah satu masa, timbul rasa istimewa terhadap gelaran yang ku panggil terhadap bapaku kerana 'pak' juga memanggil panggilan yang sama pada arwah tok wan... mewarisi itu indah sebenarnya...cuma tak terlihat dek kenaifan ku ketika kecil..

Terpanggil aku untuk mencoret tentang pak di waktu malam nan pekat ini..Entah mengapa, tahun saban tahun, kami menjadi semakin dekat,  akrab sedangkan pak sememangnya garang dan tegas ketika kecil. Di zaman kanak-kanakku, sehari tidak bertegur sapa dengan pak bukan bermakna apa-apa..perasaan terlalu menghormati menjadikan kami seramai 6 adik-beradik cuba sedaya mungkin untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan yang akan membuatkan kami didenda..Tersenyum aku mengingatkan kenangan didenda oleh pak kerana kenakalan ku bermain hujan dan bergaduh dengan adik...Sebelum pukul 7 malam, semuanya harus siap mandi dan tidak boleh berada di luar rumah lagi... Tiada siaran drama / hiburan yang boleh ditonton pada waktu senja...Rutinku padat..6.45am-ke sekolah, menaiki bas.1.15pm - pulang ke rumah;makan, mandi,solat. 2.00 pm, berbasikal ke kelas Qur'an Tajwid di sekolah sejauh 3 km. Sempat lagi menjual aiskrim Malaysia di sekolah hingga dicemburui oleh Makcik Kantin kerana aiskrim buatan emak lebih besar saiznya dan murah ;). 5.15 pm - pulang dari kelas Qur'an Tajwid. Bermain 'tuju tin atau tuju kasut'; aku 'kampung girl' - itulah permainan petang kami.. 7.00pm - ke kelas mengaji Al-Qur'an di madrasah. 9.00pm- pulang ke rumah - makan & ulangkaji pelajaran..Bila mengenangkan kembali detik-detik itu, aku kagum dengan pak dan mak yang 'menyusun' jadual sedemikian rupa..Betapa 'pengisian' itu perlu untuk kami adik-beradik. Perkataan penat tidak pernah terzahir ketika itu..Sungguh. 'Ponteng sekolah'?- Jangan harap perkara itu dapat dilakukan.

 Pabila meningkat dewasa, aku mula faham. Pak sebenarnya cuba mendidik kami dengan penuh disiplin..(Emak biasanya akan lebih rapat dengan anak-anak) tujuannya tak lain tak bukan agar kami enam beradik menjadi orang yang berguna bila dewasa...Klise bunyinya tetapi itu hakikat..Alhamdulillah, kami enam beradik kerja tetap makan gaji kecuali adik bongsu masih menuntut di IPT..  

  Menghampiri dekad keenam kehidupan, wajah pak makin jelas uzurnya... Badannya makin susut dek penyakit kencing manis yang hadir menjelang usia emas. Penyakit jantung juga turut singgah. Bimbang rasanya melihat keadaan pak. Kini tiba masa kami membalas jasa pak dan emak. Pak dan emak tidak dibenarkan oleh kami untuk melakukan sebarang kerja lagi. Kami memohon mereka berehat saja dan perbelanjaan rumah, kami sediakan.

Cukuplah dulu pak bekerja keras. Pak cuma Pemandu lori di sebuah badan berkanun..Dengan gaji kurang 4 angka itulah pak menyara kami. Kemiskinan mengikat pak untuk belajar lebih tinggi; sekadar di darjah tiga..Cerita pak, sebelum pak ke sekolah, pak perlu masak nasi dan menyediakan makan tengahari terlebih dahulu kerana tok keluar menoreh getah ketika subuh lagi. Pak, anak bongsu tetapi tidak dimanjakan. Sedih aku mendengar kesusahan hidup pak. Pak ingin belajar lebih tinggi tetapi tidak mampu. Tulisan tangan pak sangat cantik dan kemas. Kalah kami adik-beradik. Pak juga cekap ilmu kira-kira; tak perlu guna kalkulator. Di saat kami terkial-kial mencongak, pak telah sedia dengan jawapannya.. 

Ketika kami kecil, Emak berniaga kuih tempeyek dengan menempatkan balang-balang kuih itu di kedai-kedai di dalam kampung kami. Dengan 50 keping, emak menjualnya pada harga serendah RM4.50. Dapatlah serba sedikit menolong perbelanjaan dapur. Walaupun kami tidak sesenang orang lain, Alhamdulillah kami tetap punya baju raya ketika menjelang raya.. Betapa pak dan mak tetap berusaha memberi 'rasa' berhari raya kepada kami adik-beradik.

Jariku menari menaip kenangan lalu bukan untuk apa-apa. Sekadar terkenangkan pengorbanan pak dan mak dan kami sedang berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka.. Menghadiahkan wang berjuta sekalipun, tetap tidak dapat membalas jasa dan kebaikan mereka yang banyaknya tak terkira. Sungguh.Umpama buih di lautan.

Ku ingatkan diriku dan juga teman-teman..hargai ibu bapa kita. Hargai dan terus menghargai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog