~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Wednesday, November 23, 2011

Koleksi terkini bantal felt

Assalamualaikum semua...

Seperti yang dijanjikan..cik puteh kembali dengan koleksi dan design terbaru untuk bantal felt yang kiut miut..jahitan tepi pun cik puteh dah pelbagaikan..terkini cik puteh menggabungkan jahitan insang pari dan jelujur.jahitan seratus-peratus jahitan tangan taww... (sebab mesin jahit tak ada ok..heheheh) lg pun bila jahit tangan, banyak yang boleh kita belajar dan yang paling penting sabar... ;)

ok, dah tak mo membebel, jom kita layan gambar tempahan ini ;p

pandangan depan - tempahan daripada kak sara

close-up

jahitan insang pari @ blanket stitch

a red car

back side

design 2 - flowery

close-up

back side

packed

sedia dipeluk oleh tuan punya bantal..hihiiihi

antara tempahan lain :

kak anis punyerrrr

Qistina @ kak liza yang punya ;)

saiz A4

so, apa tunggu lagi..jom pilih warna anda..
dan tema yang anda
inginkan..boleh buat hadiah besday, hadiah kahwin,
hadiah untuk org merajuk ;p ,
atau buat letak kat kerusi opis pun boleh... ;)
hantarkan pesanan anda kepada cik puteh melalui emel
seriputeri_612@yahoo.com dan nantikan invois anda:)
sebarang pertanyaan bolehlah juga diajukan melalui emel yang sama atau sms kepada 013-471 7179
Tempahan akan mengambil masa 3-4 hari untuk disiapkan bergantung kepada jumlah tempahan sedia ada dan stok semasa.. pengeposan akan dilakukan sebaik sahaja bayaran diterima..

Harga? kami tawarkan harga bantal felt bersaiz A4 yang termurah di pasaran..
Cuma RM14.00 sahaja ( tidak termasuk kos pos)
Murah dan berbaloi-baloi kan.. kan? kan?
Hurry.. grab yours today !

Thursday, November 17, 2011

Bila kita terasa hati

Sapa yang tak pernah terasa hati? sila angkat tangan ! hihiihi..mesti pernah walau sekulumit di antara kita nie terasa hati kan? apa kita buat kalau terasa hati? pendam? makan? buat tak tahu? biar masa berlalu..? bersemuka? baling bantal?

mesti macam-macam jawapan kan.. cik puteh juga tidak terkecuali.. sebagai manusia biasa dan ditambah lagi perasaan wanita yang sangat puitis lagi rentis nie,, terasa hati, makan hati, merajuk , dan sebagainya adalah lumrah... terpulanglah bagaimana kita ingin menangani rasa 'terasa hati' kita tue...

Ikut isu dan keadaanla..kadang-kadang cik puteh akan membebel sendirian bila terasa hati..dan pernah juga baling barang kecil (yang mahal jgn buat okeh ! - rugi kalau rosak) kalau dah termakan hati tahap gaban.. dan yang paling praktikal sekali, kita berdoalah..berdoa agar kita sentiasa dibersihkan hati..sebab Allah tak pandang bentuk atau rupa paras..yang penting hati !. Wallahualam.... =)

amik nie, buat penyejuk hati dan mata =)

Wednesday, November 16, 2011

" my roomate (opismate) is leaving "

Perasaan cik puteh bercampur-campur tatkala mendapat tahu roomate cik puteh di ofis ; anas bakal meninggalkan kami. cik puteh sedih; akan kehilangan seorang lagi sahabat " yang boleh bergurau tahap perang mulut ;p ". Cik puteh juga tak dapat nafikan kesusahan hati ini juga disebabkan bebanan kerja sedia ada akan menjadi lebih tinggi.. pun begitu, cik puteh bangga juga dengan anas yang sama umur dgn adik cik puteh ini. dia pergi meningkatkan taraf kerjayanya.. meninggalkan perkhidmatan awam dan akan menyertai big GLC di Malaysia. Petronas.. ya Petronas.. Dengan gaji melebihi 2 bulan gaji cik puteh, ia pastinya tawaran yang sangat menarik.. cik puteh dulu hampir-hampir juga memohon biasiswa Petronas dan mungkin tiada rezeki dengan Petronas, JPA yang menaja pengajian cik puteh. Alhamdulillah.. tima kasih JPA..sebab itu, abes belajar, cik puteh beria-ia nak keja gomen sebab nak balas budi baek JPA =) heheheheh

Berbalik kepada Anas, cik puteh yakin, Anas boleh pegi lebih jauh dalam kerjaya. Dia seorang lelaki yang dinamik dan berwawasan. Ok, cukup-cukup puji Anas ; buatnya Anas terbaca coretan cik puteh nie, jenuh seminggu pula cik puteh makan free ;) hahahaha.

Cik puteh tak tahu siapa akan mengambil tempat Anas... doa cik puteh rakan sebilik opis cik puteh yang baru nanti akan turut berganding bahu dgn cik puteh.. kerja di sini adakalanya menuntut masa yang bukan sedikit.. akhir-akhir ini, setiap bulan, pasti ada masanya yang cik puteh hanya akan tiba di rumah setelah jam 9 malam..

oklah, cik puteh ucapkan selamat maju jaya untuk Anas =) take a good care di perantauan ok !

nie gambar pakcik nie..pemilihan gambar utk diupload adalah atas pemilihan tuan punya badan a.k.a. anas sendiri yer..cik puteh tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kacau ganggu atau panggilan telefon yang bakal si anas ni terima lepas nie..hahahahhaha...

                                          p/s ; dah kahwen ok

Tuesday, November 15, 2011

pengeluaran pekerja berpencen kwsp

Baru2 ni cik puteh g ke kwsp utk buAt pengeluaran pekerja berpencen..hehe..jd kat cni cik puteh nak kongsi ckit pasal pengeluaran berpencen kwsp nie..yerla, kalau org2 yang sewaktu dengannya mesti akan tertanya-tanya pengeluaran pekerja berpencen nie apa benda, brapa dapat, etc.

Pengeluaran pekerja berpencen nie adalah salah satu jenis pengeluaran duit simpanan kwsp yang mana dikhaskan untuk kakitangan kerajaan yang telah pun mendapat taraf berpencen. Kepada yang belum tahu, maknanya, selepas berkhidmat 1-3 tahun dan melalui pelbagai induksi (bergantung kepada jawatan), seseorang pegawai itu akan disahkan di dalam jawatannya. kemudian, dia akan diberikan taraf berpencen kalau memilih skim pencen. kalau dia pilih skim kwsp, maknanya dia akan terus mencarum hinggalah tamat perkhidmatan kelak manakala yang memilih skim pencen, caruman kwsp akan ditamatkan setelah memperolehi taraf berpencen..

time nie paling best..keh keh keh..yerla, nak merasa duit gaji kita yang dipotong-potong dulu tue ;p memang ada kelebihannya. Bagi pengeluaran pekerja berpencen ini, kwsp akan benarkan pengeluaran 100% untuk syer pekerja ja (termasuk dividen pekerja) bagi sesapa yang x pernah langsung berkhidmat dengan swasta sementara yang syer majikan akan diambil balik ; yerla kan ker akan diberi jugak nanti untuk pencen bulanan =) . untuk yang pernah kerja swasta, memang best gilerr sebab dia akan dapat syer pekerja masa kerajaan + syer pekerja masa swasta + syer majikan swasta..pakcik kayooo yeop..

macam kes cik puteh ada lain ckit.. sebelum cik puteh bekerja tetap sebagai pegawai tadbir dan diplomatik cam skarang ni, cik puteh pernah berkhidmat sebagai pegawai tadbir di sebuah badan berkanun persekutuan selama 2 tahun (taraf sementara) dan 2 bulan (taraf tetap). so, cik puteh dapat syer pekerja + syer majikan masa taraf sementara tue tapi masa taraf tetap tue, dapat syer pekerja jer la..

so, sekian sajala sesi perkongsian ilmu kita.. =)adios

p/s : selamat mencarum , ia lebih dari sekadar simpanan =)
jangan lupa bayar zakat kwsp sama yer. 2.5% daripada simpanan pekerja =)

Friday, November 4, 2011

Promosi Bantal Felt

Assalamualaikum semua.... ;D

wah..wah..napa senyum lebaq kat atas tue..hihiihi..Cik puteh kembali dengan item kerja tangan felt yang terbaru... sebelum kita cuci mata..jap yer..nak sapu ckit blog cik puteh nie..maklumla.. dah lama sangat tak update..sampai bersawang..nu..org kat kuantan nu..dok tanya..cila cik puteh nak update blog..heheheh
jawapan standard " cik puteh sebok sgt lani..asyik outstation ja..kejap sungai petani, kejap langkawi, nie 2 3 haghi lepas ghaya nak p pangkor pulak..ujung bulan nak p konvo pulak.." amboi...bz sungguh..hihihi
nak buat macam mana..makan gaji..hihiiih

okay, berbalik kepada topik kita di atas..cik puteh ada wat promosi bantal felt untuk dijual yang kiut-miut..jom kita usha-usha dulu yer...

uih..terus good luck.. bantal nie untuk Kak Anis
Anak sulung baby sitter Awliya
napa good luck? sebab nak ambik SPM tahun nie =)

Nie pandangan belakang yer puan-puan
kiranya kaler kawen-kawen lani
depan merah, blkg dark turquois
design nie tak ada ropol
jahitannyer ke dalam

nie design 2 yang ada ropol@lebihan kat luar
yang nie dipesan oleh Puan Liza khas untuk puteri kesayangan beliau =)

nie pandangan belakang - design adalah di bhgn depan sahaja

saiz? kain felt yang digunakan adalah bersaiz A4
( 29.5 cm x 20.9cm)

bantal sebesar A4 nie boleh dibuat bantal tido anak di dalam keta, untuk menonton tv,
untuk hiasan di dalam kereta, di sofa atau pun dibuat baling-baling kalau tak ada keja =)
(p/s : aktiviti cik puteh nie ;p )

design adalah mengikut kesesuaian tema yang diinginkan oleh pelanggan ;)

Berapa harganya? lupa pulak nak bgtau =)
bantal felt ini seratus peratus menggunakan jahitan tangan
dengan yang demikian, ketelitian dan kesenian (cewah) amatlah diperlukan
harga promosi yang ditawarkan adalah berpatutan RM15 RM14 sahaja (tak termasuk kos pos)

berkenan? berminat? pilih warna anda dan hantarkan pesanan anda kepada cik puteh melalui emel

Tempahan akan mengambil masa 3-4 hari untuk disiapkan bergantung kepada jumlah tempahan sedia ada dan stok semasa..pengeposan akan dilakukan sebaik sahaja bayaran diterima..

serius buyer jer taw..
sedeyla bila ada org yang oder, kita pun sediakan stok untuknya.. bila kita  dah bgtau stok ready  untuknya,katanya ada masalah lain..bila kita dah bagi masa..diam pulak pasal tempahan tue..sedey..huhuhuu

ok ladies..nantikan presentasi seterusnya daripada puan sara.. khas untuk baby Qalesya pula ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog