~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Friday, April 5, 2013

Fungsi Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam perkhidmatan negeri

Assalamualaikum

Erm... tetiba rasa nak menulis lagi pasal perkhidmatan PTD di negeri-negeri..maknanya yang ditempatkan / posting ke perkhidmatan negeri..Memandangkan PTD ini merupakan salah satu jawatan gunasama persekutuan, maka PTD boleh ditempatkan di peringkat federal, state, mahupun dipinjamkan ke Pihak Berkuasa Tempatan atau syarikat GLC..
 
Walaubagaimanapun, bukan semua perkhidmatan negeri menggunakan perkhidmatan PTD. sebagai contoh, Kedah dan Kelantan masing-masing mempunyai Pegawai Tadbir Negeri (PTN) yang mana lantikannya oleh negeri masing-masing.
 
Jika di kementerian, jawatan perkhidmatan awam yang tertinggi akan digelar Ketua Setiausaha (KSU). Di dalam pentadbiran awam sesebuah negeri, jawatan utama adalah Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri.(SUK). Gelaran Y.B yang membawa maksud Yang Berhormat merupakan gelaran sebagai ex-officio dan di dalam pentadbiran sesebuah negeri hanya 3 jawatan sahaja yang akan mendapat gelaran ini iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
 
Di dalam pentadbiran negeri juga, biasanya gelaran jawatan untuk PTD adalah berbeza mengikut jabatan masing-masing.. sebagai contoh, bagi yang bertugas di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, gelaran jawatan adalah Penolong Setiausaha. Bagi jabatan yang ketuanya bergelar Pengarah, gelaran jawatan untuk PTD di situ adalah Penolong Pengarah dan bagi PTD yang ditempatkan di Pejabat Tanah dan Daerah pula, gelaran jawatan mereka adalah Penolong Pegawai Daerah (ADO) ataupun Penolong Pentadbir Tanah. Walau apapun gelarannya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik masih merupakan jawatan hakiki.
 
Berikut adalah antara jabatan-jabatan negeri yang biasanya mempunyai perjawatan PTD dan fungsi PTD adalah pelbagai mengikut operasi Jabatan tersebut ataupun menguruskan sumber manusia / kewangan di Jabatan berkenaan. Sebagai contoh PTD yang menyandang gelaran Penolong Pengarah Tanah dan Galian akan menguruskan urusan-urusan berkaitan tanah yang merupakan salah satu daripada 8 cabang bidang tugas PTD.
 
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Perumahan, Bahagian Sumber Manusia, Khidmat Pengurusan, etc)
2. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
3. Jabatan Kerja Raya
4. Jabatan Kewangan Negeri
5. Jabatan Pengairan dan Saliran
6. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
8. Pejabat Tanah dan Daerah
 dan lain-lain jabatan yang berkenaan..

Ok, cukup setakat hari ini... ada masa kita bicara lagi pasal kerjaya ya ;D

Boleh baca tips menghadiri temuduga PTD di sini ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog