~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Monday, March 25, 2013

Bila ujian datang

Assalamualaikum
 
Hidup penuh warna warni..Bukanlah namanya kehidupan jika kegembiraan sahaja yang bertandang... Sesekali kita perlu rasa terhiris untuk lebih mengenali jati diri...adakala perlu tersentak untuk mengaudit kembali diri sendiri... Hidup bukanlah untuk menggapai bintang-bintang sahaja..itu mimpi namanya... Hidup ini perlu menelusuri setiap inci helai rumput di bumi sebelum bebas terbang ke langit biru...
 
Terima kasih kepada yang menghadiahkan kita air mata kerana dengan itu dia sedang memberikan nilai tambah dalam memperkukuhkan diri... terima kasih kepada sebuah ujian kerana di situ kita tahu nilai setitik air mata.. Di kala kita fikir, masalah kita besar, fikirlah, bahawa ALLAH lebih besar..InsyaAllah, bebanmu berkurangan kerna kita tidak keseorangan.. Yang Maha Besar ada bersama dan bermohonlah...

Message to heart "do not stress little darl, just do your job ; pump blood ;D"

Senyum yang ku ukir,

Friday, March 22, 2013

Melbourne, here i come!

Assalamualaikum..
 
Erm..mesti ramai yg geram tgk tajuk tu..haha..tajuk mcm dah pegi.. tetiba en. suami cal di ofis "jom pegi melbourne"... ececcee..cam ajak balik kampung jer bunyinya *walhal dalam hati..yes! yes! yes! beliau dah ajak;D*
 
Bermulalah penerokaan tentang bumi Melbourne ini..masih terus mencari dan mengumpul maklumat*sebenarnya kumpul duit lagi penting;p * setakat ini kos tiket untuk CP, en. suami, awliya n bb amzar sahaja dalam RM6k plus...dengan MAS..kenapa MAS?
 
#1. ada promo...tiket murah je sebenarnya tapi surcharge yang mahal
#2. MAS dapat makan free..2 kali lagi uolss...dapat luggage free sorang 30kg *haaa..bawak byk2 jgn tak bawak*
#3. flight MAS yang jejauh ni ada entertainment..hihihi...ini akan menyebabkan my talkative little gal tu akan terpaku di seat beliau melayan movie
#4. MAS akan mengutamakan kanak2 dalam penerbangannya..contoh, dapat naik dulu..*haa..tak amik busnes class pun, dapat naik awal..yeayyy* food kepada kanak2 pun akan diserve dulu...*time nie mak nye tumpang rasa dulu sebab maknye tak dapat lagi..hehe*
 
Mana nak duduk? kalau ada duit lebey, dokla hotel...kalau nak lagi jimat n rasa lebih local, leh duduk di Malaysia Hall..heheheh tapi kena book awal dengarnya sebab selalu penuh...
Apa pun, masih dalam perancangan..InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.. Terima kasih Allah...

Senyum biar meniti di bibir walau lara rancak menari di jiwa!

Monday, March 18, 2013

bila anak tak sihat..

Assalamualaikum

Selamat pagi isnin semua ^_^... tringat-ingat pula kat baby amzar..cian anak mama..batuk n selsema..berjangkit ngan kakak awliya agaknnya...lumrah kan...bila mama yang tak sihat, risaunya ckit2 je, bila daddy yang tak sihat, mama super risau tapi bila anak2 mama yang tak sihat, mama lagi super duper risau... macam mana kita tgk mak kita selalu bersusah payah untuk anak2 masa kecil, macam tu jugakla kita sekarang kan... family especially kids akan jadi priority...
 
Bila anak dah tidur, kita baring sebelah..tgk dia tidur...rasa indah..tgk nafas yang lembut turun naik membuatkan kita rasa bersyukur; diberi peluang menjadi ibu... rasa 'rahim' melimpah2...bila kita kucup pipi anak, Subhanallah, rasa bahagia sangat....
 
Bila anak tak sihat, mulalah kita terfikir nak buat petua itu ini, nak dapatkan rawatan doktor yang terbaek untuk anak2...duit keluar lebih pun tak apa..janji anak cepat sehat..sbb nak tgk dia ceria seperti selalu..tak sabar nak tatap senyum manja dia...
 
Bila anak tak sehat, mama bagi minum susu badan banyak2...moga2 khasiat berkat susu itu meningkatkan daya tahan dalam tubuh baby amzar...pejam celik pejam celik, tak sangka dah lebih 7 bulan mama berjaya menyusukan baby amzar sepenuhnya...terima kasih ALLAH atas nikmat dan kesempatan yang diberi...
 
Duhai anak..cepat sehat ya sayang..mama sayang amzar & awliya ;D muahhh
 
Luv,
 
Cik Puteh

Wednesday, March 13, 2013

Insiden di Lahad Datu

Assalamualaikum

Pencerobohan di Lahad Datu bukan sahaja sesuatu yang mengejutkan malah turut meruntun jiwa dan menggugat ketenangan yang selama ini diraih kita tanpa sedar... Sungguh, sepanjang CP hidup, tragedi ini antara yang mengejutkan dan mungkin juga antara cabaran yang terbesar buat anggota keselamatan kita selama mereka berkhidmat di dalam pasukan beruniform.. Sungguh, perjuangan mereka bukan main-main, bukan sandiwara yang hendak dilagukan tetapi perjalanan mereka ke perbatasan adalah suatu realiti....berjalan bersama harapan dan doa....,mereka kuatkan azam untuk negara yang tercinta. Kita yang tidak mengangkat senapang ini juga gentar apatah lagi mereka di barisan hadapan... tetapi, darah perajurit mereka tetap hangat membakar biarpun jiwa raga terkorban...buat abang CP yang turut bertugas di seberang laut china selatan sana, doa kami mengiringimu wahai kekanda....
 
Jari-jemari CP mula ligat menari bersama ilham dariNya dan dengan itu, puisi ini CP zahirkan :
 
Duhai perwira...
langkahmu ke perbatasan, ku iring dengan doa dan harapan..
ku tahu, hati kecilmu akan kuat
jiwamu akan berkobar seperti megahnya jalur gemilang berkibar
 
Duhai perwira..
aku bukan sesiapa
berbandingmu yang berani mengangkat sejata
semangatmu kental umpama besi
sedang aku selembut secebis sutera mungkin...
 
Duhai perwira..
sebak dada ini
tatkala melihat perjalanan akhir perwira yang gugur
perginya mereka menyahut seruan Ilahi
tatkala kedaulatan negara yang dipertahankan
moga di tempat syuhada hendaknya mereka
hanya doa dapatku kirimkan
 
Duhai perwira
Terima kasih di atas keberanianmu
pinjamkan aku semangat kekuatan
walau aku tidak ke perbatasan
walau aku tidak meredah medan
Terima kasih duhai perwira...
 
Luv
 
Cik Puteh

Monday, March 11, 2013

hantaran apom polkadot

Assalamualaikum

Erm..jejari seni kembali menari...aisey..tetiba aritu CP terajin nak bagi apom polkadot as hantaran tunang kat my sis in law - Nooi.. So, setelah puas mengangkut awliya ke bakery, cari bahan2 sampai si kecik tu ajak balik cepatla.. alasannya sebab tak tahan bau bahan kek yang menyelerakan tu..aduhai anak... speceial ckit anak dara yg sorang ni..selalu refuse ke market, kedai tayar or bakery..bucuk katanya..oh, ape nak jawab...senyum jerla ;p

dah dapat bahan2, CP balik bersilat kat dapur pulak...huuhu.. cam biasa, letak filling jem stroberry cap cameron highland tu an choc chip..full recipe leh refer cni ek senyum pastu klik;D

so inilah hasilnya..taraaaa.... ;D

Design 1
 
Design 2
 
Both
 
So, to Nooi & Khaireel, selamat bertunang,
semuga yang dirancang mendapat restuNya
 
We happy for both of u :D
 
Ok, Uols...jumpa lagi...
 
Salam with Luv
 
~Cik Puteh ~
 
Friday, March 1, 2013

Positif positif positif

Assalamualaikum

Apa khabar semua sisters / brothers...hepi hendaknya yer..esok kan coti.. (oh, membajet boleh bergolek3 atas katil ngan anak2..hahah)....
Minggu ni, minggu yang agak stres buat CP...ada 10 meting hokay...sapa berani lawan? cer angkat tangan..hahahha..tapi yang hadir sendiri 4 jer...yang lagi 6  meting tu tenderkan kat anak buah..mekacih yer all my S.Os..memang tak terkejar ler kalau nak p semua ;p actually CP taklah stres sgt dengan keja sebenarnya..tp perasaan CP yang sedikit terganggu dan terusik... CP kalau boleh nak berbuat baek dengan semua orang.. tak suka eden gaduh2 or masam muka bagai...
 
tapi apakan daya...wanita tetap wanita (bajet korang setuju ngn statement nie..hahah)... sekuat mana cuba menahan..akan termenung jua walau sedetik memikir why this thing happen... n camna nak rectify..hehhee.. kalaulah diberi pilihan, CP memang tak gemar sangat kerja 'menjaga orang' atau yang berkaitan human resource nie...sebab kena jaga perasaan sekali..package.. penat taw..
 
tapi apakan daya (buat kali kedua repeat..cikgu karangan mesti tak berapa suka repeat2 ayat nie ;p) selagi 'saya yang menurut perintah', kita kenalah wat apa yang diamanahkan.. biarpun CP tahu ada yang terasa....tapi percayalah CP hanya jalankan tugas sebaek mungin...untuk kebaikan kita bersama..mungkin kekadang orang tak akan nampak hikmahnya sekarang, tapi esok2 bila tiba masa itu, mesti kita akan terkenang2 bahawa seseorang pernah 'mengajarkan' kita sesuatu..
 
Apapun CP nak positif..semalam CP sempat bermesej ngn Prof. Muhaya melalui fanpage FB beliau..katanya lebih kurang begini "jangan terkesan dengan reaksi orang lain, yang penting ALLAH suka".. terima kasih prof.
 
CP tak pernah sempurna..CP juga bukan contoh terbaek tetapi CP sentiasa ingin menjadi yang terbaek;bukan untuk orang lain, tetapi untuk hati dan jiwa CP sendiri..... Biar asakan datang, CP mahu redah..lalui dengan kuat walau hakikatnya goyah juga sesekali... CP tinggalkan denai-denai ketidakmatangan kerana CP hari ini bukan lagi budak hingusan..CP isteri dan ibu kepada 2 anak...
Kita tidak hidup dengan pujian dan tidak mati dengan cemuhan ;D
 
ok uolls, smile!
 
Luv,
 
Cik Puteh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog