~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Thursday, July 28, 2011

...aNniSsa...

Pabila terdengar lagu 'beribu sesalan' nyanyian Jac, Ning & Shila, fikiran cik puteh pantas kembali ke pentas drama Annissa yang telah tamat sirinya melalui slot samarinda di tv3.. 'kisah' mereka begitu hidup pada pandangan mata cik puteh.. sampai seringkali cik puteh teringatkan babak-babak sadis dalam drama itu..

kisah ini mungkin hanya satu santapan hiburan tetapi di satu sudut yang lain ia sarat membawa mesej yang bukan sedikit.. cik puteh dapat rasakan 'sakitnya' apabila watak anna dikhianati kawan baik sendiri..bertambah 'sakit' apabila suaminya turut bermain kayu tiga..
pun begitu betul juga kata Sara..mana mungkin kita menolak takdir..  berat betul menjadi anna..

siri Annissa melekat di dalam hati cik puteh.. sungguh.. sebagai wanita, cik puteh memang beremosi apabila farid tidak berlaku jujur dengan isterinya.. geram juga  melihat Balkis tetapi geram lagi menyaksikan watak shila.. tetapi ini hanyalah sebuah kisah yang dilakonkan.. pun begitu, cik puteh percaya, kisah ini sememangnya 'ada' di dalam masyarakat kita.. warna-warna kehidupan pastinya sentiasa berwarna-warni.. itu pasti.. apapun, tahniah buat pengarah drama Annissa dan pelakon2nya... =)

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan, aku rindu keberkatanmu..

assalamualaikum

Hari ini 25 syaaban 1432 H.. 1 Ramadhan bakal menyusul, InsyaAllah, kalau mengikut perkiraan biasa di atas kalender Masihi, Awal Ramadhan bakal bermula Isnin depan..
Alhamdulillah.. harapan cik puteh muga kita semua dipanjangkan detik nafas untuk sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan tahun ini.

Di tahun ketiga perkahwinan, barulah cik puteh berpeluang berpuasa bersama Encik Suami dan LIttle Awliya, Insya-Allah.. Kenapa begitu? tahun 2008, Little Awliya belum menjengah ke dalam kehidupan kami, tahun 2009, lebih separuh Ramadhan Cik Puteh tidak berpuasa kerana masih berada di dalam 'pantang' bersalinkan awliya..ketika itu, cik puteh di kampung manakala encik suami pula nun jauh berkelanan di kuala lumpur kerana kursus intensif DPA selama 7 bulan.. Ramadhan 2010, giliran cik puteh pula berjauhan dengan encik suami dan awliya; juga disebabkan kursus 7 bulan itu.. sedih betul mengenangkan masa tue.. encik suami seorang diri berpuasa di rumah di penang, anak kecil cik puteh yang ketika itu baru berusia setahun pula berada bersama bonda di kampung halaman di kedah, cik puteh pula di KL mengejarkan kursus yang satu tu..huh, saat itu sering benar hati cik puteh rapuh terkenangkan si kecil awliya.. 

Alhamdulillah..tahun ini cik puteh menghargai peluang dan ruang yang cik puteh dapat... impian cik puteh, nak bawa sekali si kecil awliya ke surau untuk solat tarawih..cik puteh dah dapat bayangkan, awliya akan panjang belakang bila cik puteh sujud dan memeluk lutut bila cik puteh berdiri seperti kebiasaannya..hmmm...

sebenarnya hati cik puteh ini rindu..rindu akan momento ramadhan ketika cik puteh kecil-kecil dulu, rindu pada detik-detik menjalani ibadah puasa di asrama SMKA dulu.. rindu yang boleh menyebabkan mata cik puteh bergenang.. mana tidaknya, dulu, malam-malam Ramadhan di asrama InsyaAllah akan ada tarawihnya, akan ada bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran... menginjak dewasa dan alam pekerjaan, tarawih tidak lagi jenuh di malam Ramadhan cik puteh.. sedih dan sesal menyelubungi.. kesibukan apakah yang dikejarkan..

Di asrama, waktu sahurnya awal..maklumlah ramai..makanlah apa sahaja yang dihidangkan..walaupun mata terpejam-pejam mengantuk mengunyah makanan, kelazatan  tetap dirasai.. =) berbuka puasa juga beramai-ramai di dewan makan...indahnya waktu itu.. juga makan apa yang dihidangkan..tak boleh demand2 seperti di rumah, nak itu, nak ini.. =)
pada cik puteh, asrama membentuk jati diri..asrama menjadikan kita menerima kesamarataan, asrama juga membentuk peribadi.. dulu masa kecil, cik puteh tidak makan buah 'honeydew'.. pada hemah cik putih, pelik rasanya..=).. tapi apabila di asrama, itulah buah wajib pencuci mulut saban minggu..dari tak makan, terus jadi suka dan dah jadi buah favorite..=)

Ramadhan... ku mengharapkan keberkatanmu... kadang-kadang, hati ini mahu juga memohon Lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. tetapi hati dan diri ini berasa sangat malu..sangat kerdil..mengenang dosa, hati jadi sebu..Ya ALLAH, ku harapkan Ramadhan ini menjadi titik tolaknya..untukku, suamiku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku menjadi insan yang lebih baik...amin...

Tuesday, July 19, 2011

kenapa perlu curang ?!

Assalamualaikum

Tak tau kenapa tengahari ini,perasaan saya tak menentu..
Rasa geram dengan lelaki yang men-dua,men-tiga, men-empatkan isteri tanpa sebab yang pasti...berdusta tanpa melalui proses poligami yang sah lagi halal dan terang-terangan tidak menipu isteri..

Walaupun bukan saya yang melalui detik dicurangi itu tapi hati saya jadi sakit bila orang yang rapat dengan saya dicurangi.. insan yang sama-sama membesar dengan saya didustai..

Hati saya jadi sebu..Fikiran saya jadi kalut..ikutkan rasa amarah saya, ingin saja saya tampar-tampar muka lelaki itu..ingin saja saya tarik-tarik rambut wanita yang menggegar rumah tangga orang lain itu.. tapi itu retorik di dalam drama... minta dijauhkan saya dari rasa amarah geram yang tidak menentu, dijauhkan juga dari segala hasutan syaitan yang dekat dengan telinga untuk membisikkan segala kejahatan..Memaki hamun orang walau apa jua salahnya beerti kita merendahkan kemuliaan annissa itu sendiri..Tapi bukan jua kita membiarkan orang memijak-mijak kepala kita..  ada cara yang lebih hikmah untuk mengubat segala kesakitan..

Kepada yang mendustakan isterinya tadi, moga ketemu bahagia yang dicari.. jangan kau abaikan benih permata nan satu yang pernah kau lahirkan ke dunia.. tak betah saya melihat jauh ke dalam mata anak kecil itu.. Sedih..hilang tempat bergantung seawal usia 6 tahun..

Kepada saudaraku yang dikecewakan.. aku kagumi dirimu.. Ku bisikkan padanya, mungkin dia bukan lelaki terbaik untukmu.. Carilah hikmah di sebalik apa yang terjadi..Ketabahan yang kau sulam berbungakan kesabaran membuatkan aku terfikir..perceraian bukan akhir sebuah kehidupan.. Menggalas tanggungjawab sendiri bukan mudah... Memerhati dalam diam, ku lihat dirimu kini banyak diberikan hidayah dan ketenangan dari ALLAH Yang Maha Esa.. InsyaAllah, ku doakan taufik untuk kita selalu..

Segala babak di atas kanvas kehidupan ini membuatkan saya terfikir..hidup tidak selalu indah..Dunia ini bulat; kadang kita di atas, kadang pula kita di bawah.. Terima qada' dan qadar sepenuh hati, InsyaAllah, ketemu hikmahNya... Allah berikan kita hujan, sebab ada pelangi akan menyusul selepasnya..

Wallahualam.............

Thursday, July 14, 2011

berkahwin; bukan setakat dengan si dia =)

Assalamualaikum semua.. =)

lama sungguh cik puteh tak meninggalkan jejak di kanvas citra awliya nie.. maklumlah kesibukan yang tiada sudahnya apabila bergelar  wanita berkerjaya yang sentiasa berkejar-kejar =) dan juga peranan sebagai isteri kepada encik suami n mama kepada Fikrah Awliya Firdaus..

Tambah pula, lately nie selalu tak sehat..dah baek demam n tonsilitis, selesema pulak menjengah.. sampai di 'blocknya' hidung nie ha...nak nafas, guna mulut..huhuhuu

apapun, coretan kali ini adalah tentang perkahwinan...kalau ditanya, kenapa, ianya khas didedikasikan untuk my opismate, cik atiqah the legal adviser..heheheh.. (tiqah, i promo ur name nie...hihihih) Sebenarnya, my frend nie jugakla yang hari-hari drop by kat my room
 " bila nak update blog nie?" Sempena perkahwinan beliau tidak lama lagi, maka terhasilla coretan ini..hihihihi..ianya untuk tatapan semua pembaca & ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan pemerhatian, pengalaman & juga ilham menulis yang Allah kurniakan ketika jejari montel ini menaip =)

Berbalik kepada topik yang ala2 gempak kat atas tue... pada saya perkahwinan; bukan sekadar penyatuan 2 hati.. ia lebih daripada itu..dalam erti kata lain, ia juga penyatuan dua 'budaya' hidup (walaupun sama bangsa, cara kita pasti berbeza =) ), penyatuan dua keluarga, penyatuan dua cita rasa, dan lain-lain lagi yang berlaku di dalam sebuah rumahtangga..

Penyatuan dua budaya hidup bermakna bagaimana harus kita 'blend'kan cara hidup kita dengan hidup si dia...contoh paling mudah, di rumah keluarga kita, sememangnya semua ahli keluarga makan bersila di atas tikar tetapi di rumah keluarganya sesi makan mestilah di meja makan..nah, pasti pada awalnya ada yang agak kekok terutamanya bab makan bersila ramai2 di atas tikar jika tidak biasa melaluinya sebelum ini..apa yang kita perlu lakukan jika kita sememangnya tidak biasa dengan keadaan ini?

Peringkat permulaan ini, sebagai 'orang baru', semuanya akan diperhatikan..jadi, ikut saja apa gaya yang ada =) bak kata orang 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Trust me, its really true.. Keluarga mertua juga akan lebih menghargai kesediaan kita untuk menerima custom keluarganya.. benda sebegini sememangnya nampak kecik tetapi jika menongkah arus, mungkin ada hati yang tercalar.. jadi, kita pilih, mahu yang mana.. ;)

Penyatuan 2 keluarga..erm.. kata orang, apabila kita berkahwin dengan seseorang, kita juga berkahwin dengan keluarganya..betul...  Seboleh mungkin, berlaku adillah kepada kedua2 belah pihak. Sebagai contoh, jika kita ada pergi bercuti bersama keluarga sendiri, cubalah ikhtiarkan pula untuk bercuti bersama keluarga pasangan.. perkara ini pasti akan lebih membahagiakan apabila kedua2 keluarga merasai bahawa mereka mendapat layanan yang sama daripada kita dan pasangan.. pastinya, kita tidak mahu timbulnya rasa hatta sebesar zarah sekalipun daripada mana-mana keluarga bahawa kita mengutamakan satu pihak sahaja..  Dalam masa yang sama, cubalah sedaya mungkin untuk tidak menceritakan kelemahan mana-mana keluarga kepada pihak keluarga yang lagi satu.. selain membuka keaiban, perkara ini juga boleh mengundang persepsi antara keluarga..

Penyatuan 2 citarasa.. ha..yang ini adalah part paling penting untuk kita tangani... semasa bercinta, seboleh mungkin, semuanya yang indah2 sahaja akan ditunjukkan.. haruslah..nama pun bercinta.hihihi =) Apabila berada di bawah satu bumbung, kita dan pasangan perlu memahami antara satu sama lain dan saling melengkapi..klise bunyinya tapi itulah hakikat.. kita tidak memerlukan 100% persamaan untuk hidup bahagian bersama tetapi kita harus bijak untuk saling melengkapi..ketidaksamaan antara kita dengan dia itu indah sebenarnya... warna-warna yang berbeza itulah yang akan mencantikkan lagi perjalanan kita di atas kanvas kehidupan ini biarpun adakalanya agak sukar untuk kita memastikan warna-warna ini serasi lakarannya...  kekuatan kita adalah untuk melengkapi kelemahannya dan kelebihannya  pula akan menutup kekurangan kita.. Contoh mudah.. si dia suka benar tinggalkan tuala mandinya merata2 selepas mandi.. dan sudah pastinya kerja puan isteri untuk menyidai semula tuala tersebut..hihihi... Janganlah cepat melenting.. kerana itu kelemahannya.. dan janganlah dijadikan ia suatu isu yang besar yang akan membungakan pergaduhan.. berbincanglah sebaik mungkin untuk mencari satu resolusi terhadap apa sahaja ketidakpuasan hati atau kemelut yang melanda. Contoh lain, pernah dilaporkan bahawa isu suami memicit ubat gigi dari depan manakala isteri lebih suka mengeluarkan ubat gigi dengan menekan di bahagian belakang juga pernah menjadi antara sebab pergaduhan di antara suami isteri... simple bukan? tapi kalau tidak ditangani, boleh menjadi sangat 'complicated.'

Tidak perlulah kita terlalu merungut ke atas apa kurangnya dia.. kadang-kadang terlupa benar kita mencari kelemahan diri sehingga asyik memikirkan apakah lagi kelemahan si dia..Belajarlah.. belajarlah menerima kelemahannya sepertimana dia dengan rela hati menerima kita seadanya ketika lafaz ijab dan qabul diucapkannya...

Percayalah.. baiti jannati (rumahku syurgaku); bukannya perlu untuk hidup di dalam banglo mewah yang jutaan ringgit nilainya.. tetapi adalah rumahtangga yang ikhlas, yang bahagia, yang apabila kita balik, ada sakinah (ketenangan), yang mana apabila kita berjauhan; ingin segera pulang ke baiti jannati yang satu ini, yang mana di situlah susah senang kita bersama si dia...

Jadi ikhlaskan diri bersama si dia untu membina sebuah perkahwinan yang membahagiakan; yang menenangkan biarpun seribu satu dugaan melanda, ianya adalah pelengkap kepada sebuah pentas yang bernama kehidupan... Wallahualam... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog