~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan, aku rindu keberkatanmu..

assalamualaikum

Hari ini 25 syaaban 1432 H.. 1 Ramadhan bakal menyusul, InsyaAllah, kalau mengikut perkiraan biasa di atas kalender Masihi, Awal Ramadhan bakal bermula Isnin depan..
Alhamdulillah.. harapan cik puteh muga kita semua dipanjangkan detik nafas untuk sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan tahun ini.

Di tahun ketiga perkahwinan, barulah cik puteh berpeluang berpuasa bersama Encik Suami dan LIttle Awliya, Insya-Allah.. Kenapa begitu? tahun 2008, Little Awliya belum menjengah ke dalam kehidupan kami, tahun 2009, lebih separuh Ramadhan Cik Puteh tidak berpuasa kerana masih berada di dalam 'pantang' bersalinkan awliya..ketika itu, cik puteh di kampung manakala encik suami pula nun jauh berkelanan di kuala lumpur kerana kursus intensif DPA selama 7 bulan.. Ramadhan 2010, giliran cik puteh pula berjauhan dengan encik suami dan awliya; juga disebabkan kursus 7 bulan itu.. sedih betul mengenangkan masa tue.. encik suami seorang diri berpuasa di rumah di penang, anak kecil cik puteh yang ketika itu baru berusia setahun pula berada bersama bonda di kampung halaman di kedah, cik puteh pula di KL mengejarkan kursus yang satu tu..huh, saat itu sering benar hati cik puteh rapuh terkenangkan si kecil awliya.. 

Alhamdulillah..tahun ini cik puteh menghargai peluang dan ruang yang cik puteh dapat... impian cik puteh, nak bawa sekali si kecil awliya ke surau untuk solat tarawih..cik puteh dah dapat bayangkan, awliya akan panjang belakang bila cik puteh sujud dan memeluk lutut bila cik puteh berdiri seperti kebiasaannya..hmmm...

sebenarnya hati cik puteh ini rindu..rindu akan momento ramadhan ketika cik puteh kecil-kecil dulu, rindu pada detik-detik menjalani ibadah puasa di asrama SMKA dulu.. rindu yang boleh menyebabkan mata cik puteh bergenang.. mana tidaknya, dulu, malam-malam Ramadhan di asrama InsyaAllah akan ada tarawihnya, akan ada bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran... menginjak dewasa dan alam pekerjaan, tarawih tidak lagi jenuh di malam Ramadhan cik puteh.. sedih dan sesal menyelubungi.. kesibukan apakah yang dikejarkan..

Di asrama, waktu sahurnya awal..maklumlah ramai..makanlah apa sahaja yang dihidangkan..walaupun mata terpejam-pejam mengantuk mengunyah makanan, kelazatan  tetap dirasai.. =) berbuka puasa juga beramai-ramai di dewan makan...indahnya waktu itu.. juga makan apa yang dihidangkan..tak boleh demand2 seperti di rumah, nak itu, nak ini.. =)
pada cik puteh, asrama membentuk jati diri..asrama menjadikan kita menerima kesamarataan, asrama juga membentuk peribadi.. dulu masa kecil, cik puteh tidak makan buah 'honeydew'.. pada hemah cik putih, pelik rasanya..=).. tapi apabila di asrama, itulah buah wajib pencuci mulut saban minggu..dari tak makan, terus jadi suka dan dah jadi buah favorite..=)

Ramadhan... ku mengharapkan keberkatanmu... kadang-kadang, hati ini mahu juga memohon Lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. tetapi hati dan diri ini berasa sangat malu..sangat kerdil..mengenang dosa, hati jadi sebu..Ya ALLAH, ku harapkan Ramadhan ini menjadi titik tolaknya..untukku, suamiku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku menjadi insan yang lebih baik...amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog