~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Tuesday, June 11, 2013

Tersungkur jua akhirnya...

Assalamualaikum

Tersungkur jua akhirnya..apa? kenapa? bagaimana? biar mama rahsiakan.. biar mama pendam...yang pasti mama kalah sebelum tiba di garisan dan akhirnya tersungkur jua... tersungkur untuk seketika sahaja...azam mama..mama sedang cuba bangun semula untuk anakanda2 mama.... Abah kata, "mesti mama sedih".. mama kata "mama tak nak cakap pasal tu" mama diam..mama kulum kata2...tak terkeluar..mata mama hampir bergenang..mama tak mau layan perasaan sedih..mama buang rasa bersalah..mama buat2 sombong dengan perasaan mama sendiri..konon mama kuat..sungguh, tidak.. mama berlakon!
 
minggu-minggu kebelakangan ini minggu yang hebat untuk mama..bukan hebat menjulang mama tetapi hebat sungguh menguji mama..24 jam seperti tidak cukup untuk mama..7 hari seperti sangat cepat...kerja menghambat mahupun yang rasmi atau tidak..mama cuba tunaikan hak anak2 mama walaupun mama sedar mama gagal berikan yang terbaik untuk anak2 mama...entah kenapa, kesihatan anak2 mama terganggu..berlarutan dengan abah demam dan mama sendiri muntah2, cirit-birit, dan angin di dalam perut hingga hari ini..tambah memilukan cik B mama juga luka..makin menyukarkan penyusuan untuk bb amzar..menyusu sakit, memerah juga sakit...mama buntu...mama serabut...
 
Mama tidak tahu lagi apa perlu mama buat..dengan kesihatan yang terjejas, mama sedikit tersentak dengan ujian hidup bilamana menginjak usia angka 30an..benar kata abah, "kita tidak lagi muda, mama..."  kayu pengukurnya mudah - jumlah ubat yang diambil kian bertambah, maknanya kita sentiasa perlukan 'bantuan'....
 
Di saat sukar, mama beruntung sebab abah sentiasa ada untuk mama...terima kasih abah!
 
No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog