~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Friday, October 11, 2013

Hati Seorang Wanita

Assalamualaikum
 
Hati seorang wanita..rapuh bagai ranting kering..lutsinar bagai kaca..lembut umpama sutera...
Sedikit tercalar terguris, maka mengalirlah air dari mata... tak bisa terusik mahu terganggu sekalipun, maka kesedihan jugalah yang singgah nanti..
 
Kenapa ya wanita..atau mungkin aku sahaja yang begitu..aku tidak biasa dikasari..dan demikian, jika sekali ku terguris aku pasti menangis... mudah benar hatiku tersentuh, tambah-tambah lagi jika dek kerana orang yang sangat hampir dengan kita..
 
Hati, kuatlah.. Diri, bertabahlah,simpan airmatamu... Tak dinafikan aku juga bukan sempurna..salah silap di sana sini... tapi, aku rasa, aku cukup penyayang dan aku pencinta keamanan...Ah, prejudis bunyinya..tapi, itu diri seorang aku..kalau dirimu menjadi aku, mungkin lain ceritanya, dan jika aku di tempat kamu juga mungkin ceriteranya juga berbeza... Lantas apa beza kita berdua?
 
Jujur, aku tidak pasti apa sebenarnya masalah antara kita.. Aku juga tidak akan pernah menyalahkan dirimu seratus peratus kerana aku juga tidak syumul...aku manusia biasa...wanita biasa-biasa sahaja..tapi untuk kasih sayang, aku rasa aku banyak punyainya... mungkin atas dasar itu, senang benar aku terguris jika kekasaran yang dirimu hadiahkan...
 
Bersamanya kita untuk mencari satu titik persamaan; agar dengan itu, kita boleh mengukir apa yang kita inginkan..

Salam dari hati

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog