~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Tuesday, May 3, 2011

Lelaki Yang Seorang Itu

Lelaki yang seorang itu..Mana mungkin wajahnya pergi daripada hati ini..
Lewat masa ini, kerap benar wajah melebihi 5 dekad itu singgah di benak fikiranku
Makin pantas berlari masa, ingatanku juga makin kuat terhadapnya..

Ayah atau abah atau walid atau bapak, berilah apa sahaja gelarannya,,dia tetap seorang di hatiku... Ketika kecil, aku hairan, kenapa panggilan 'pak' yang kami adik-beradik  panggil terhadap lelaki yang seorang ini.. Janggal juga rasanya apabila berbicara bersama teman, aku sahaja yang memanggil 'pak' dan berbeza dengan kawan-kawan yang lain...Sehinggalah satu masa, timbul rasa istimewa terhadap gelaran yang ku panggil terhadap bapaku kerana 'pak' juga memanggil panggilan yang sama pada arwah tok wan... mewarisi itu indah sebenarnya...cuma tak terlihat dek kenaifan ku ketika kecil..

Terpanggil aku untuk mencoret tentang pak di waktu malam nan pekat ini..Entah mengapa, tahun saban tahun, kami menjadi semakin dekat,  akrab sedangkan pak sememangnya garang dan tegas ketika kecil. Di zaman kanak-kanakku, sehari tidak bertegur sapa dengan pak bukan bermakna apa-apa..perasaan terlalu menghormati menjadikan kami seramai 6 adik-beradik cuba sedaya mungkin untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan yang akan membuatkan kami didenda..Tersenyum aku mengingatkan kenangan didenda oleh pak kerana kenakalan ku bermain hujan dan bergaduh dengan adik...Sebelum pukul 7 malam, semuanya harus siap mandi dan tidak boleh berada di luar rumah lagi... Tiada siaran drama / hiburan yang boleh ditonton pada waktu senja...Rutinku padat..6.45am-ke sekolah, menaiki bas.1.15pm - pulang ke rumah;makan, mandi,solat. 2.00 pm, berbasikal ke kelas Qur'an Tajwid di sekolah sejauh 3 km. Sempat lagi menjual aiskrim Malaysia di sekolah hingga dicemburui oleh Makcik Kantin kerana aiskrim buatan emak lebih besar saiznya dan murah ;). 5.15 pm - pulang dari kelas Qur'an Tajwid. Bermain 'tuju tin atau tuju kasut'; aku 'kampung girl' - itulah permainan petang kami.. 7.00pm - ke kelas mengaji Al-Qur'an di madrasah. 9.00pm- pulang ke rumah - makan & ulangkaji pelajaran..Bila mengenangkan kembali detik-detik itu, aku kagum dengan pak dan mak yang 'menyusun' jadual sedemikian rupa..Betapa 'pengisian' itu perlu untuk kami adik-beradik. Perkataan penat tidak pernah terzahir ketika itu..Sungguh. 'Ponteng sekolah'?- Jangan harap perkara itu dapat dilakukan.

 Pabila meningkat dewasa, aku mula faham. Pak sebenarnya cuba mendidik kami dengan penuh disiplin..(Emak biasanya akan lebih rapat dengan anak-anak) tujuannya tak lain tak bukan agar kami enam beradik menjadi orang yang berguna bila dewasa...Klise bunyinya tetapi itu hakikat..Alhamdulillah, kami enam beradik kerja tetap makan gaji kecuali adik bongsu masih menuntut di IPT..  

  Menghampiri dekad keenam kehidupan, wajah pak makin jelas uzurnya... Badannya makin susut dek penyakit kencing manis yang hadir menjelang usia emas. Penyakit jantung juga turut singgah. Bimbang rasanya melihat keadaan pak. Kini tiba masa kami membalas jasa pak dan emak. Pak dan emak tidak dibenarkan oleh kami untuk melakukan sebarang kerja lagi. Kami memohon mereka berehat saja dan perbelanjaan rumah, kami sediakan.

Cukuplah dulu pak bekerja keras. Pak cuma Pemandu lori di sebuah badan berkanun..Dengan gaji kurang 4 angka itulah pak menyara kami. Kemiskinan mengikat pak untuk belajar lebih tinggi; sekadar di darjah tiga..Cerita pak, sebelum pak ke sekolah, pak perlu masak nasi dan menyediakan makan tengahari terlebih dahulu kerana tok keluar menoreh getah ketika subuh lagi. Pak, anak bongsu tetapi tidak dimanjakan. Sedih aku mendengar kesusahan hidup pak. Pak ingin belajar lebih tinggi tetapi tidak mampu. Tulisan tangan pak sangat cantik dan kemas. Kalah kami adik-beradik. Pak juga cekap ilmu kira-kira; tak perlu guna kalkulator. Di saat kami terkial-kial mencongak, pak telah sedia dengan jawapannya.. 

Ketika kami kecil, Emak berniaga kuih tempeyek dengan menempatkan balang-balang kuih itu di kedai-kedai di dalam kampung kami. Dengan 50 keping, emak menjualnya pada harga serendah RM4.50. Dapatlah serba sedikit menolong perbelanjaan dapur. Walaupun kami tidak sesenang orang lain, Alhamdulillah kami tetap punya baju raya ketika menjelang raya.. Betapa pak dan mak tetap berusaha memberi 'rasa' berhari raya kepada kami adik-beradik.

Jariku menari menaip kenangan lalu bukan untuk apa-apa. Sekadar terkenangkan pengorbanan pak dan mak dan kami sedang berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka.. Menghadiahkan wang berjuta sekalipun, tetap tidak dapat membalas jasa dan kebaikan mereka yang banyaknya tak terkira. Sungguh.Umpama buih di lautan.

Ku ingatkan diriku dan juga teman-teman..hargai ibu bapa kita. Hargai dan terus menghargai...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog