~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Thursday, July 14, 2011

berkahwin; bukan setakat dengan si dia =)

Assalamualaikum semua.. =)

lama sungguh cik puteh tak meninggalkan jejak di kanvas citra awliya nie.. maklumlah kesibukan yang tiada sudahnya apabila bergelar  wanita berkerjaya yang sentiasa berkejar-kejar =) dan juga peranan sebagai isteri kepada encik suami n mama kepada Fikrah Awliya Firdaus..

Tambah pula, lately nie selalu tak sehat..dah baek demam n tonsilitis, selesema pulak menjengah.. sampai di 'blocknya' hidung nie ha...nak nafas, guna mulut..huhuhuu

apapun, coretan kali ini adalah tentang perkahwinan...kalau ditanya, kenapa, ianya khas didedikasikan untuk my opismate, cik atiqah the legal adviser..heheheh.. (tiqah, i promo ur name nie...hihihih) Sebenarnya, my frend nie jugakla yang hari-hari drop by kat my room
 " bila nak update blog nie?" Sempena perkahwinan beliau tidak lama lagi, maka terhasilla coretan ini..hihihihi..ianya untuk tatapan semua pembaca & ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan pemerhatian, pengalaman & juga ilham menulis yang Allah kurniakan ketika jejari montel ini menaip =)

Berbalik kepada topik yang ala2 gempak kat atas tue... pada saya perkahwinan; bukan sekadar penyatuan 2 hati.. ia lebih daripada itu..dalam erti kata lain, ia juga penyatuan dua 'budaya' hidup (walaupun sama bangsa, cara kita pasti berbeza =) ), penyatuan dua keluarga, penyatuan dua cita rasa, dan lain-lain lagi yang berlaku di dalam sebuah rumahtangga..

Penyatuan dua budaya hidup bermakna bagaimana harus kita 'blend'kan cara hidup kita dengan hidup si dia...contoh paling mudah, di rumah keluarga kita, sememangnya semua ahli keluarga makan bersila di atas tikar tetapi di rumah keluarganya sesi makan mestilah di meja makan..nah, pasti pada awalnya ada yang agak kekok terutamanya bab makan bersila ramai2 di atas tikar jika tidak biasa melaluinya sebelum ini..apa yang kita perlu lakukan jika kita sememangnya tidak biasa dengan keadaan ini?

Peringkat permulaan ini, sebagai 'orang baru', semuanya akan diperhatikan..jadi, ikut saja apa gaya yang ada =) bak kata orang 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Trust me, its really true.. Keluarga mertua juga akan lebih menghargai kesediaan kita untuk menerima custom keluarganya.. benda sebegini sememangnya nampak kecik tetapi jika menongkah arus, mungkin ada hati yang tercalar.. jadi, kita pilih, mahu yang mana.. ;)

Penyatuan 2 keluarga..erm.. kata orang, apabila kita berkahwin dengan seseorang, kita juga berkahwin dengan keluarganya..betul...  Seboleh mungkin, berlaku adillah kepada kedua2 belah pihak. Sebagai contoh, jika kita ada pergi bercuti bersama keluarga sendiri, cubalah ikhtiarkan pula untuk bercuti bersama keluarga pasangan.. perkara ini pasti akan lebih membahagiakan apabila kedua2 keluarga merasai bahawa mereka mendapat layanan yang sama daripada kita dan pasangan.. pastinya, kita tidak mahu timbulnya rasa hatta sebesar zarah sekalipun daripada mana-mana keluarga bahawa kita mengutamakan satu pihak sahaja..  Dalam masa yang sama, cubalah sedaya mungkin untuk tidak menceritakan kelemahan mana-mana keluarga kepada pihak keluarga yang lagi satu.. selain membuka keaiban, perkara ini juga boleh mengundang persepsi antara keluarga..

Penyatuan 2 citarasa.. ha..yang ini adalah part paling penting untuk kita tangani... semasa bercinta, seboleh mungkin, semuanya yang indah2 sahaja akan ditunjukkan.. haruslah..nama pun bercinta.hihihi =) Apabila berada di bawah satu bumbung, kita dan pasangan perlu memahami antara satu sama lain dan saling melengkapi..klise bunyinya tapi itulah hakikat.. kita tidak memerlukan 100% persamaan untuk hidup bahagian bersama tetapi kita harus bijak untuk saling melengkapi..ketidaksamaan antara kita dengan dia itu indah sebenarnya... warna-warna yang berbeza itulah yang akan mencantikkan lagi perjalanan kita di atas kanvas kehidupan ini biarpun adakalanya agak sukar untuk kita memastikan warna-warna ini serasi lakarannya...  kekuatan kita adalah untuk melengkapi kelemahannya dan kelebihannya  pula akan menutup kekurangan kita.. Contoh mudah.. si dia suka benar tinggalkan tuala mandinya merata2 selepas mandi.. dan sudah pastinya kerja puan isteri untuk menyidai semula tuala tersebut..hihihi... Janganlah cepat melenting.. kerana itu kelemahannya.. dan janganlah dijadikan ia suatu isu yang besar yang akan membungakan pergaduhan.. berbincanglah sebaik mungkin untuk mencari satu resolusi terhadap apa sahaja ketidakpuasan hati atau kemelut yang melanda. Contoh lain, pernah dilaporkan bahawa isu suami memicit ubat gigi dari depan manakala isteri lebih suka mengeluarkan ubat gigi dengan menekan di bahagian belakang juga pernah menjadi antara sebab pergaduhan di antara suami isteri... simple bukan? tapi kalau tidak ditangani, boleh menjadi sangat 'complicated.'

Tidak perlulah kita terlalu merungut ke atas apa kurangnya dia.. kadang-kadang terlupa benar kita mencari kelemahan diri sehingga asyik memikirkan apakah lagi kelemahan si dia..Belajarlah.. belajarlah menerima kelemahannya sepertimana dia dengan rela hati menerima kita seadanya ketika lafaz ijab dan qabul diucapkannya...

Percayalah.. baiti jannati (rumahku syurgaku); bukannya perlu untuk hidup di dalam banglo mewah yang jutaan ringgit nilainya.. tetapi adalah rumahtangga yang ikhlas, yang bahagia, yang apabila kita balik, ada sakinah (ketenangan), yang mana apabila kita berjauhan; ingin segera pulang ke baiti jannati yang satu ini, yang mana di situlah susah senang kita bersama si dia...

Jadi ikhlaskan diri bersama si dia untu membina sebuah perkahwinan yang membahagiakan; yang menenangkan biarpun seribu satu dugaan melanda, ianya adalah pelengkap kepada sebuah pentas yang bernama kehidupan... Wallahualam... =)

4 comments:

Ranreyza said...

Wawawa.... kawan kita yang sorang ni lg nak naik pelamin ekk... moga2 semuanya dipermudhkan..bnyak onak dan durinya..malah manisnya perlu dijaga agar tidak lah menjadi tawar..(betul ke bahasaku in) heheh... bersedialah dari sekarang dr segi emosi, fizikal, ..menerima adalah sesuatu yg indah andainya ia disertakan dengan hati yg ikhlas dan terbuka.. buat Nurul Atiqah Azizan, get ready sis :).......

Cerita Citra AwLiYa said...

Betul tu Ran.. I sokong 200%.. =)

cik ct payung said...

azie,

sangat, sangat, SANGAT setuju dgn semua yg ada dlm entry ni. esp tang tajuk tu. itulah nasihat my parents to me when i was a bride not so long ago.

so cik tikah, take note and u'll live happily ever after.

NZMA said...

Azie, quote fr someone:
"bukan mencari persamaan untuk hidup bersama, tetapi mencari perbezaan untuk hidup bercinta" =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog