~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Tuesday, August 16, 2011

Pabila si dia kurang sihat...

Resah dan susah hati Cik Puteh nie..Dalam banyak2 perkara, antara yang paling wat Cik Puteh runsing dan gundah gulana rasa di hati apabila anak kesayangan Cik Puteh kurang sehat... risau benar Cik Puteh di pejabat ni..
Mana taknya, menerima sms daripada Puan BBSitter yang mengatakan Little Awliya asyik muntah keluar air..minum susu pun keluar balik.. Jika dihitung sejak malam tadi, rasanya sudah lebih 5 kali Little Awliya muntah-muntah.. Bermula malam tadi sebelum iftar, Little Awliya dah muntah sekali..Kemudia jam 6 pagi lebih, muntah lagi umpama keluarnya sebotol susu yang diminumnya ketika jam 3 pagi.. lantas, cik puteh mandikan Little Awliya dengan air suam pada jam 6.30 pagi memandangkan habis mukanya dipenuhi muntah.
Jam 7.00 pagi, Little Awliya muntah sedikit bersama kahak..Jam 7.30 pagi, di hadapan rumah Puan BBSitter, Little Awliya hampir termuntah lagi sikit.. Badannya tidak panas, dan cik puteh juga amat berharap Little Awliya tidak demam.. Tak sampai hati Cik Puteh tengok si kecil demam.. Sungguh. Kalaulah setiap kali sakit Little Awliya itu boleh dipindahkan kepada Cik Puteh, dah lama Cik Puteh ambik alih..
Doa Cik Puteh, muga Little Awliya ceria dan sehat seperti selalu..Amin.. Itulah jua yang dititipkan oleh Puan BBsitter di dalam sms beliau tadi kepada Cik Puteh.. "Terima kasih kak, kerana menyayangi Awliya seperti anak sendiri.."
Petang ini, Cik Puteh ingin lekas pulang.. untuk membawa puteri kesayangan Cik Puteh bertemu doktor... Harap semuanya ok.. dan syukur juga 17 Ramadhan pada esok hari, sempena hari diturunkan Al-Quran Kareem, Cik Puteh di sini mendapat cuti umum.. Bolehlah menumpukan perhatian kepada si kecil Awliya bersama-sama minit mesyuarat pejabat yang tidak berpenghujungnya.........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog