~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Wednesday, April 17, 2013

Tabung Wira Lahad Datu

Assalamualaikum

Tengahari ni CP berkesempatan mewakili en. bos ke Majlis Penyerahan Kutipan Sumbangan Warga Kerja Pentadbiran Negeri dan Persekutuan Pulau Pinang untuk Tabung Lahad Datu.. Rata-rata tetamu yang hadir merupakan pasukan beruniform yang tentulah segak dengan uniform masing-masing...antara tetamu kehormat yang hadir adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, dan Sahibbus Samahah Mufti Negeri Pulau Pinang...
 
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku..di atas pentas, seorang tentera sedang menaikkan bendera di tiang yang disediakan di sudut depan pentas...entah kenapa tatkala melantunkan lagu ini, rasa sesuatu yang mengalir dalam diri..semangat..jiwanya besar.. selepas 3 sesi ucapan oleh tetamu kehormat, persembahan khas - SMS Terakhir dari VAT69 mengambil tempat di skrin.. dimulakan dengan babak sebenar still photo di Lahad Datu berlatar belakangkan runut bunyi tembakan, hati mula dipaut sayu.. penyajak tiba di tepi skrin dan menyampaikan puisinya di sebelah skrin video..sungguh..hati CP terkesan..jiwa CP ternyata 'masuk' ke dalam setiap bait puisinya.. sedang mata ini masih terpaku kepada babak di atas skrin.. hati kecil ini makin dipagut sayu tika mana menatap wajah 10 perwira yang terkorban.. CP bukan siapa pada mereka para syuhada itu,hanyalah saudara seagama yang berkongsi bumi bertuah ini..tetapi rasa sayu, sedih, kehilangan nyata merentap jiwa CP.. kolam mata mula bergenang..apatah lagi, dalam suasana malap dan sayu sebegitu..CP tahan air mata dari menitis... tetamu lelaki yang duduk di kerusi depan CP turut menyeka matanya..jelaslah, bila bicara tentang perjuangan, tentang anak bangsa, tentang kedaulatan negara yang cuba dikacau ganggu ini, air mata tak akan mengenal jantina..tak akan mengenal kaum..
 
Selesai persembahan pentas, acara penyampaian sumbangan diadakan. Alhamdulillah, jumlah kutipan keseluruhan dari warga kerja negeri dan persekutuan Pulau Pinang termasuk beberapa syarikat korporat adalah sebanyak RM90,631.00. Usai acara penyampaian sumbangan, hadirin dipohon berdiri dan kali ini kami menyanyikan lagu 'inilah barisan kita'.. ternyata nyanyian secara live daripada pasukan beruniform di dalam auditorium tersebut mengatasi nyanyian CD yang dimainkan..sungguh, kali ini mengatasi semangat tadi..CP rasa sebahagian daripada mereka... rasa membara..berkobar...
 
Benar kata YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam ucapannya..RM10 sumbangan setiap seorang bukanlah nilai yang besar jika dibandingkan dengan apa yang pasukan keselamatan berikan kepada kita.....  kita boleh berkerja dengan tenang, berehat dan melayani anak2 di rumah tanpa gusar kerana tugas mereka... jika kita boleh pulang ke rumah setiap hari menemui keluarga dan melayani anak2, tetapi tidak mereka... tiada makna hujung minggu pada mereka...tiada makna makan tengahari adalah jam 1 dan pukul 11.00 malam adalah waktu tidur..hidup mereka bukan sebegitu teratur bilamana menggalas amanah di perbatasan.. jadi, apalah kiranya, kita yang senang dan selesa menghirup nafas keamanan atas usaha mereka yang berjaga, menyumbangkan sedikit sebanyak apa yang ada bila mana keluarga mereka memerlukan apabila kembalinya mereka ke Rahmatullah kerana mempertahankan negara...wang yang kita sumbangkan tidak akan boleh membawa mereka kembali, tidak akan boleh membeli nilai kasih sayang seorang ayah kepada anak yang ditinggalkan tetapi dengan wang itu walaupun kecil mana nilainya sekurang-kurangnya sebagai tanda ingatan untuk keluarga mereka bahawa masih ada yang sayang, masih ada yang prihatin..
 
Alfatihah untuk perwira-perwira yang terkorban demi negara yang tercinta ini tidak kira walau sebelumnya ataupun pada tragedi berdarah Lahad Datu..
 
sehingga itu...wassalam perjuangan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog