~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Monday, September 24, 2012

anak tetap permata hati!

Assalamualaikum semua!

malam yang dingin ni, bila cik puteh tengok anak2 cik puteh dah lena tido, cik puteh terfikir, anak tetap permata hati walau macam mana sekali naughtynya dia, comelnya dia, aktifnya dia, lasaknya dia, dan lain-lain keletah mereka yang boleh buat kita menjerit satu rumah..

anak tetap anak walaupun mereka dah beranak pinak..anak tetap anak walaupun apa jua yang mereka lakukan sama ada perkara yang membawa khabar gembira atau tatkala berlakunya sesuatu yang perit untuk ibu bapa lalui.. nakal macam mana pun anak kita, mesti sentap juga dibuatnya apabila tangan lain yang memukul atau memarahinya...kenapa? kerana mereka darah daging kita, dilahirkan setelah berada di rahim kita, benih kita suami isteri... justeru, samalah juga dgn kita dalam mengadili anak orang lain.. jagalah jua perasaan ibu bapanya jika kita ingin menegur anak orang lain..biarpun benar, tetapi jika teguran tidak berlapik atau tidak berhikmah takut2 lain pula jadinya...

anak tetap anak biarpun sakit atau sehat, susah atau senang..si ibu, penat macam mana pun tetap akan melayan anaknya..cik puteh berkongsi pengalaman sendiri..emak cik puteh usianya menghampiri angka 60 dan adakalanya tidak sehat dan tangannya tidak mampu lagi kuat untuk memandikan bayi cik puteh yang baru dilahirkan.. cik puteh tak kisah untuk mandikan bayi cik puteh sendiri wpun cik puteh dalam pantang kerana cik puteh sendiri kesiankan mak.  lagipun cik puteh sihat :) tapi emak tetap tak boleh duduk diam, jika perkara yang satu itu dia tidak mampu lagi untuk lakukan, 10 lagi perkara lain akan diusahakan..bakar tungku 2 kali sehari untuk cik puteh, basuh baju baby, baju cik puteh, memasak, tidurkan bayi cik puteh, melayan anak sulung cik puteh, dan macam2 lagi perkara lain yang dilakukan walaupun diri emak sendiri kurang sihat..adakalanya cik puteh rasa macam nak menangis.. sebab emak walaupun begitu keadaannya tetap tidak mengeluh, melayan anak dan cucu dengan penuh sabar... lihat, di sini buktinya, anak tetap anak biarpun telah beranak pinak..anak tetap anak walaupun si ibu sendiri semakin lemah kudrat  tenaganya..

cik puteh tak tahu nak balas macam mana...cik puteh cuma doakan kesejahteraan emak dan bapak cik puteh, membantu ekonomi dan cuba sedaya mungkin untuk membahagiakan mereka... InsyaAllah cik puteh akan peluk emak dan bapak cik puteh selagi masih bernafas ....

harapan cik puteh, anak2 cik puteh juga akan mempunyai 'hati' untuk cik puteh dan suami sampai bila-bila.... pesan cik puteh untuk diri sendiri dan juga readers, kucup tangannya sementara dia masih ada, peluklah; rasai hangat kasih sayangnya sementara masih sempat,  balas jasanya selagi matanya masih mampu menatap, berilah apa yang ingin dimilikinya sekiranya kita masih mampu mengadakannya, doakan kesejahteraannya mengiringi setiap langkahnya, dan senyumlah dengan kasih dan cinta pada wajah tuanya setiap kali menatap agar dia tahu, dia punya anak yang mengasihinya dan sentiasa menyenangkan hatinya.......

faris amzar bin firdaus

fikrah awliya binti firdaus

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog