~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Friday, February 25, 2011

Bangkitlah dari kesedihanmu!

Baru-baru ini, seseorang yang sangat rapat dengan saya diberi dugaan yang hebat. Biarlah saya gelarkan dirinya di dalam coretan ini sebagai Wanita (perempuan). Berat mata ini memandang, lagi berat empunya diri untuk memikul beban dan membendung luka di hati. ~ perceraian~
Sesuatu yang tidak dirinya pinta menjelang tahun ke sepuluh usia perkahwinan.

Kita merancang, Allah menentukan...

Saya bisikkan kepadanya "Mungkin ini yang terbaik buat dirimu." Barangkali, sekiranya masih di dalam mahligai perkahwinan yang serinya makin uzur mungkin akan menambah lagi nanah di hati dan perasaan.
Redhalah dengan apa yang terjadi bila mana usaha-usaha untuk kembali berteduh di bawah satu bumbung tidak nampak jalannya lagi.

Hari-hari pertama yang dilaluinya setelah berakhirnya perkahwinan itu saya lihat sangat menguji dirinya..Air mata menjadi peneman, anak kecil berusia 6 tahun menyuntik semangat walaupun lelaki yang pernah bergelar ayah dan suami adakalanya seumpama wujud dan ada tikanya, dia seolah-olah tidak mendambakan lagi untuk kembali membina sebuah keluarga seperti dahulu..

Wanita membina harapan yang bukan sedikit untuk kembali bersama di dalam sebuah keluarga. Bila mana ditanya di dalam mahkamah, adakah mahu kembali 'rujuk', laju saja dia menjawab mahu. Sedihnya, soalan itu tidak ditanyakan kepada pihak lelaki.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. Pahit untuk menelan, getir untuk dilalui, tetapi InsyaAllah, dihujung jalan kelak ada manisnya... Kenapa saya berkata begitu? Ketika Wanita melewati hari pilunya sendirian, satu demi satu rahsia terbongkar..Wanita tidak pernah mencari-cari atau mengorek rahsia-rahsia itu, tetapi ia hadir dengan sendiri.. Maha Besar Allah..saya kira ini adalah apa yang ingin Allah tunjukkan kepada Wanita supaya Wanita dapat berfikir apa di sebalik runtuhnya sebuah mahligai. 'Ditipu' adalah satu perkara yang sukar bagi kebanyakan orang, begitu juga Wanita. Remuk redam hatinya tetapi sekurang-kurangnya, dia tidak hidup lagi dengan muslihat..

Saya titipkan bait-bait semangat untuk Wanita. Dia  masih beruntung, Allah masih menyayangi dirinya.. Walau diulit kesedihan dan rasa amarah, dia sama sekali tidak pernah melakukan perkara yang bukan-bukan. Di atas sejadah, dia memohon petunjuk. Di atas sejadah itu juga, dia mohon diberikan ketenangan dan kekuatan. Saya lihat naskah Surah Yaasin dan beberapa bahan ilmiah menjadi peneman di kamar tidurnya. "Tabahnya dia..." hati saya berbisik.

Benar kata orang, air dicincang, takkan putus. Wanita juga ada keluarga yang sering membantu dibelakangnya..Mujur, Wanita juga punya kerjaya yang baik. Sekurang-kurangnya, Wanita tidak mengalami masalah kewangan yang serius apabila ditinggalkan.

Lantas, apa rasionalnya saya menghidangkan cerita Wanita pada hari ini? Jauh sekali untuk membuka aib mahupun menunding jari siapa benar, siapa khilaf...Acapkali permasalahan yang dibawa kepada saya berkisar percintaan dan kerjaya tetapi kes Wanita benar-benar menguji saya untuk berkata-kata kerana sesiapa sahaja di tempat Wanita memerlukan sokongan yang bukan sedikit. Justeru itu, peranan orang di sekeliling amat penting; bagaimana harus sopannya kita mengatur bicara agar tidak mengguris hatinya yang telah remuk tadi, bagaimana perlu bijaknya kita mengelakkan dia dari memikirkan sejarah sedihnya itu; bagaimana harus kita ucapkan pandangan yang sebernas dan membantu mungkin...
Kes Wanita saya jadikan pedoman dan kajian saya mendapati apabila berlakunya situasi Wanita, ada 3 fasa utama yang perlu dilalui oleh seseorang.

Fasa 1 - Facing Pain

Fasa ini paling getir untuk dilalui..Rasa marah, benci, sakit hati dan teraniaya, silih berganti pada fasa ini. Mahu atau tidak, fasa ini perlu juga dilalui. Bezanya, ketahanan setiap orang adalah tidak sama. Bagaimana kita mahu melalui fasa ini, diri kita yang tentukan.. Jika kita hanya membiarkan rasa sakit hati dan benci menguasai diri, maka hadirlah perasaan dendam yang akan memakan diri. Sehubungan itu, adillah pada diri... cukuplah sekali dilukai, jangan kita melukai diri sendiri lagi.. maka, cubalah, cuba dan terus berusaha untuk melalui fasa yang sangat menyakitkan ini dengan kekuatan dan di bawah lindungan Allah Yang Maha Penyayang.. InsyaAllah, moga-moga di bawah rahmatNya, kita akan tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup ini.

Fasa 2 - Recovery from pain

Berlalunya fasa 1, perlahan-lahan, kesakitan itu akan beransur pulih. Keinginan di dalam diri untuk lebih kuat menghadapi hidup tanpa si dia yang pernah menjadi teman sehati sejiwa perlu konsisten. Tidak dinafikan, di dalam fasa ini, memori silam adakala menjelma di depan mata menggamit rasa rindu mencengkam..Nah, buang jauh-jauh rasa rindu itu, biarlah ia kekal dalam lipatan sejarah, jika dilayan, rindu kasih itu hanya akan menggigit rasa, merugikan diri sendiri.. Fasa ini juga sangat penting sebenarnya... kita perlu konsisten agar tidak kembali jatuh ke dalam fasa 1 yang sememangnya memeritkan untuk dilalui semula. Antara usaha yang boleh dilakukan untuk tidak terjebak semula ke dalam fasa 1 adalah dengan cuba tidak menceritakan detik-detik berlakunya perceraian / sejurus perceraian itu kepada orang yang bertanya setelah lamanya berlaku perkara ini. Sekiranya kita terusan bercerita  mengenai hal tersebut, ia secara langsung akan mengingatkan kita kepada kejadian tersebut dan pastinya bak kata orang 'luka lama berdarah kembali'.

Fasa 3 - Be in new world

Setelah pulih daripada fasa 1 dan fasa 2, binalah kehidupan yang baru. Belajar menerima hakikat apa yang telah terjadi. Warnailah kanvas kehidupan kita sendiri sebaik mungkin kerana hari yang berlalu pasti tidak akan berulang lagi. Sayangi diri sendiri kerana kalau bukan kita, siapa lagi kan ?

Akhir sekali, saya suka ungkapan ini ;

"sometimes, somethings are better left unsaid!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog