~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Saturday, February 12, 2011

Resepi Laksa Kedah (Berlin Town + Cooleem Town)

Menjelang cuti hujung minggu, mesti mama2 nak masak & cuba resepi baru kan?
so, kat bawah nie, saya nak berkongsi resepi laksa kedah...
Selalunya masak main campak2 jer dalam periuk, jarang menyukat, so harap2 resepi nie menjadi la bagi mama2 yang baru mencuba nak wat laksa yer ; p

Bahan2;

a) Sebungkus Laksa (direndam di dalam air)

b) 10-15 ekor ikan kembung/temenu / sardin cerut (** kalau nak lagi pekat, leh tambah lagi jumlah ikan)

c) 4 biji bawang besar
    segenggam cabai kering (direbus)
    sedikit belacan (lebih kurang sebesar pemadam pensil)

d) 2 batang daun kantan (dipotong 2 atau 4)
    2 batang serai (dititik)
    daun kesum
    daun samak (jika ada)
    6 keping asam keping
    garam kasar secukup rasa

bahan untuk hiasan / topup dalam pinggan sebelum dimakan
 daud salad (dipotong)
timun (dicincang)
telur rebus
nenas (dicincang)
limau nipis / limau kerisik
cili merah / cili kecil

cara-cara :

bahan a yang telah direndam, ditoskan dan direbus di dalam air sedang mendidih. masukkan sedikit garam kasar. boleh juga kalau nak tumpang rebus telur sekali bersama laksa ;). rebus laksa hingga lembut. angkat, bilas air sejuk, toskan & sedia dihidangkan.

bahan b disiang, dan dibersihkan. rebus sekejap bersama sedikit garam kasar dan 3 keping asam keping. setelah direbus, toskan, sejukkan dan asingkan isi ikan dan tulang ikan. air rebusan ikan tadi jangan dibuang. simpan dulu.blender isi ikan dengan sedikit air dan ketepikan. blender tulang n kepala ikan dengan sedikit air, kemudian tapis ambil airnya sahaja.tulang-tulang ikan yang telah hancur tadi boleh dibuang terus.

bahan c pula diblender hingga halus. jgn lupa, cili kering tue rebus n sejukkan dulu tau.

kemudian, panaskan periuk. masukkan bahan c yang telah diblender tadi. masukkan pula bahan2 d. tunggu sampai naik bau dan mendidih sedikit. masukkan isi ikan yang telah diblender tadi.biarkan dalam 5 minit.masukkan pula air tulang ikan yang telah diblender dan juga lebihan air rebusan ikan tadi. masak hingga mendidih. boleh tambah ajinomoto kalau nak.. kalau kuah pekat sangat tambah air sikit.

ok selamat mencuba... maaflah yer.. lupa nak amik gambar masa wat minggu lepas.. tapi gambar nasik ayam yang saya wat ni adala... layannn...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog