~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Wednesday, March 2, 2011

perginya 'Hani'

Perginya Hani setelah berjaya menyumbangkan baktinya di dalam penghasilan Al-Quran braille.. Begitulah pengakhiran siri Hani yang ditayangkan di TV3 pada setiap hari selasa, jam 9.00 malam. Awalnya dulu, saya tidak mengikuti cerita ini..tetapi apabila watak Hani menjadi buta saya mula mengikuti siri ini  apabila lapang.
Semalam, saya mengikuti siri akhir Hani secara total sambil menjahit hair clip felt untuk dihadiahkan kepada Qistina, puteri kak liza :)

Bergenang jua air mata saya apabila menonton babak kawan-kawan Hani menyampaikan senaskah Al-Quran braille kepadanya ketika Hani hampir berlepas menunaikan umrah..Jika dijelmakan kepada realiti kehidupan, betapa besar sumbangan Hani kepada golongan orang buta di Malaysia dan dunia Islam sendiri.

Saat Hani rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Hani diberi kesempatan melihat wajah ibu dan ayahnya buat kali terakhir... Arrghhh..sekali lagi air mata saya bergenang..sedih.pilu.bungkam.

Walaupun saya tidak mengikuti siri ini daripada mula lagi, di akhirnya, banyak yang boleh kita ambil sebagai iktibar.Betapa Hani, seorang gadis yang masih muda redha dengan apa yang ditakdirkan untuknya tetapi tidak mengalah dengan kehidupan.. pada kita, ungkapan ini mungkin  klise dan hanya berlaku di dalam dunia novel tetapi siapa tahu, di celah-celah kehidupan realiti ini, masih ada insan yang mempunyai jiwa 'Hani'. Mungkinkah anda????

1 comment:

aRniNasiR said...

I miss the last episode.. *huhu*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog