~ di sini penaku menari...dan tintaku berserakan meniti... ~

Friday, February 11, 2011

Selalu dengar tak Daerah Baling ?

Tempat jatuh lagikan dikenang (adoi!), inikan pula tempat lahir (cumelnya baby nie ;p)..
Hmm...selalu dengar tak Daerah Baling? mesti jarang kan ... Baling ni salah satu daerah yang terletak di Negeri Kedah Darul Aman dan bersempadan dengan Thailand (Betong).. antara kisah/cerita lagenda yang berkaitan adalah Raja Bersiong... Saya dilahirkan di Mukim Pulai Daerah Baling, Kedah. Daerah Baling mempunyai 6 Mukim (kredit to Pusat Maklumat Negeri Kedah). Pekan Baling tidaklah terlalu besar dan tidak pula kecil. Boleh dikatakan segala keperluan harian boleh didapati di Pekan Baling & harganya berpatutan. Sesetengah barangan seperti comforter (orang Baling panggil toto), periuk belanga, pakaian, beg, dll. boleh didapati dengan harga yang murah memandangkan daerah ini berada agak hampir dengan sempadan Thailand. Saya yang tinggal di luar negeri nie pun (maksudnya luar negeri Kedah ;p ), kalau nak membeli barang2 yang sebangsa dengannya akan tunggu time balik kampung untuk bersoping-moping...ekekekeke
 ~nie gambar hiasan jer yer~

Bagaimana dengan tempat2 menarik di Baling....?
Kebanyakannya berkaitan recreation park memandangkan Daerah Baling masih banyak mempunyai kawasan hijau dan belum dimajukan sepenuhnya. Antaranya Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (yang femes tu), Air Terjun Lata Bayu, Air Terjun Lata Bukit Hijau (sempadan dengan Kulim), dll.

Kebanyakan warga senior daerah ini bekerja sebagai penoreh, pesawah, kakitangan kerajaan, swasta, sendiri.. Kebanyakan anak2  muda berhijrah ke luar di atas komitmen kerjaya (saya salah seorangnya ;p)

Daerah ini juga menjadi salah satu destinasi popular sebagai lokasi persinggahan untuk mereka yang ingin ke Betong (Thailand), Kelantan & Terengganu yang melalui Negeri Kedah..makanan adalah pelbagai dan tidak banyak berbeza seperti tempat lain di utara semenanjung... Satu yang spesel & susah ditemui di tempat lain ialah Gulai Daging dengan Batang Pisang.... haaa... jangan tak tahu, selalunya ini merupakan antara menu wajib ada di kenduri2 kahwin di daerah ini (termasuk kenduri kahwin saya dulu ;p ) Siapa yang pernah rasa gulai ni & dimasak pula di dalam kawah, memang superb.. :p

Sekiranya anda singgah ke Baling, anda tidak perlu gusar tentang tempat bermalam. Anda boleh memilih untuk bermalam di Rumah Rehat Majlis Daerah Baling, Seri Baling Inn ataupun hotel kecil lagi cumel yang ada di situ.

~ Selamat bercuti ~

2 comments:

~aRniNaDrah~ said...

Waaa.. boleh jadi pegawai promosi Daerah Baling ni... *clap clap*

Cerita Citra AwLiYa said...

hihihihi.. tetiba tringat kampung halaman ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog